Pasukan Kelantan mengesahkan tempat dalam saingan Piala Malaysia 2020 selepas berjaya menewaskan pasukan JDT II di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan keputusan 1-0 semalam.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan mengutip 15 mata dari 11 perlawanan membolehkan mereka berada dikedudukan ke 5 ketika ini (sebelum perlawanan terakhir Kuala Lumpur bertemu Kuching FA).

Dengan pasukan feeder club tidak dibenarkan menyertai saingan Piala Malaysia, Kelantan dipastikan akan berada dalam 5 pasukan dari saingan Liga Premier 2020 yang layak menyertai kejohanan Piala Malaysia 2020 yang akan berlangsung 2 minggu dari sekarang.

121094119_4457327051006432_1436354084561536538_o

Dapat diperhatikan moral pemain dari pasukan Kelantan berada ditahap yang amat baik dan ini mungkin impak yang mula terhasil dari penyelesaian semua masalah dalam pasukan tersebut yang mengalihkan fokus para pemain sebelum ini.

Berdasarkan kedudukan semasa, 5 pasukan dari saingan Liga Premier yang akan layak ke kejohanan Piala Malaysia 2020 adalah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Kuching FA dan Kelantan United FC.

Kejohanan Piala Malaysia musim 2020 ini menawarkan 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Cup 2021 jika berjaya muncul juara*. Berdasarkan format semasa, semua perlawanan akan dijalankan secara kalah mati dan sesebuah pasukan hanya perlu menang 4 perlawanan untuk ditabalkan sebagai juara.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

2 Slot Peringkat Kumpulan AFC Cup 2021 Jadi Rebutan, Ini Cara Menentukan Pasukan Yang Akan Layak

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

JDT Menuju ‘The Invincibles’ Kali Ke-2 Dalam Tempoh 5 Tahun, Mampukah Melaka Menghalang Pencapaian Ini?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group