Pasukan Kelantan sah menandatangani pemain import yang pernah beraksi bersama Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana, Kang Seung-jo bagi memperkukuhkan benteng pertahanan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara ini disahkan oleh sebuah agensi yang menjadi ejen kepada Seung-jo menerusi satu pengumuman di laman media sosial Instagram pada semalam.

Pemain yang pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama Liga Korea seperti Jeonbuk Hyundai Motors, Gyeongnam FC dan FC Seoul ini mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia sejak 2018 bersama Pulau Pinang.

Musim lalu, pemain berusia 33 tahun ini dilantik sebagai ketua pasukan dan beliau membantu skuad The Panthers menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ke-7.

Setakat ini, Kang Seung-jo menjadi pemain import pertama yang ditandatangani oleh Kelantan. The Red Warriors bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan seperti Nazrin Nawi dan Wan Zaharulnizam bagi saingan musim 2020.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Kelantan Terima Kelulusan Perlesenan Kelab FAM/AFC Secara Bersyarat, Sedia Mencabar Musim 2020

Kelantan Ambil Serius Isu Pemotongan Mata Liga Premier 2020

Melaka, PDRM Dan Kelantan Berdepan Risiko Terkeluar Dari Saingan Liga Jika Terus Ingkar