Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan telah memecat ketua jurulatih mereka Sathit Bensoh berkuat kuasa hari ini selepas prestasi buruk skuad ‘The Red Warriors’ itu dalam 3 perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018.

Bibi Ramjani selaku presiden KAFA menjelaskan perkara itu kepada Berita Harian, dan memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dibuat bersama panel penilaian pasukan dan seorang ketua jurulatih baru akan diambil untuk mengisi posisi tersebut.

Dengan keputusan pemecatan ini juga menjadikan Kelantan sebagai pasukan pertama Unifi Liga Super Malaysia 2018 yang memecat jurulatih selepas 3 perlawanan berlangsung.

Penolong jurulatih, Yusri Che Lah akan menggalas tugas buat sementara waktu dan KAFA menjelaskan mereka sedang meneliti prestasi 3 orang calon untuk jawatan tersebut.

“Sebelum ini kita menetapkan empat perlawanan untuk menilai kemampuan Sathit tetapi terpaksa membuat keputusan segera dengan menamatkan perkhidmatannya kerana pasukan sudah pun menghadapi dua pasukan besar dalam tiga perlawanan sebelum ini.

“Kita tidak mahu terus tercicir mata dalam perlawanan seterusnya dan membuat keputusan drastik mencari pengganti yang lebih baik bagi membimbing pasukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Bibi Ramjani Nafi ‘Rumours’ Velizar Popov

Beberapa hari lalu, banyak tersebar desas-desus mengenai Velizar Popov untuk kembali menerajui skuad Kelantan, namun Bibi menafikan perkara tersebut.

bibiramjanitrw

Menurutnya, beliau tidak mengetahui siapa yang menghubungi Popov dan menjelaskan jurulatih kelahiran Bulgaria itu tidak ada dalam perancangan KAFA  sejak dari awal lagi.

“Kita tidak mahu Popov kerana dia terlalu sensasi. Kita mahu seorang jurulatih yang mampu membawa pasukan ini tanpa terpalit dengan sebarang kontroversi.

“Selain itu, kita juga meneliti seseorang pengendali yang boleh menerima dan serasi dengan cepat bersama pasukan memandangkan perlawanan sudah bermula.

“Lagipun, KAFA mahu berjimat cermat dalam memilih jurulatih yang biar kena dengan kewangan yang kita ada sekarang itu,” katanya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group