Pasukan Kelantan bakal menggunakan khidmat penyerang tempatan bertaraf bintang bagi mengetuai jentera serangan untuk menghadapi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Perkara itu disuarakan oleh ketua jurulatih pasukan, Yusri Che Lah dimana beliau menegaskan langkah tersebut diambil bagi memastikan Kelantan menjaringkan lebih banyak gol sekaligus kembali ke saingan Liga Super musim 2021 nanti.

Kelantan
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Ini berikutan statistik sepanjang musim ini mendapati pemain import yang berkhidmat dengan Kelantan pada musim ini gagal berfungsi dengan baik dan langkah menggunakan pemain tempatan di bahagian serangan adalah strategi baharu kami.

“Saya akan mengekalkan 14 pemain daripada skuad terdahulu dan memerlukan tiga pemain tempatan selain empat pemain import,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kelantan
Raul Tarragona

Musim ini, Kelantan telah menggunakan khidmat dua penyerang import iaitu Raul Tarragona dan Mustafa Zazai. Namun, kedua-dua penyerang ini gagal untuk memberikan impak positif dimana Raul dan Mustafa meninggalkan pasukan sebelum saingan Liga menutup tirai.

Kegagalan jentera serangan turut memberi kesan terhadap prestasi pasukan Kelantan dimana The Red Warriors menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ke-10, satu mata di hadapan pasukan Sarawak.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan yang telah kami sediakan di sini:

Kelibat Kelantan United Tidak Risaukan KAFA

Nazrin Nawi Hampir Pasti Menyertai Pasukan Kelantan, KAFA Masih Memburu Beberapa Pemain Berstatus Bintang

Kejayaan Kelantan United Julang Trofi Liga M3 Ubati Kerinduan Piya