Pemilik kelab Kelantan FC, ZamSaham telah memuat naik status berkenaan dengan hasil yang telah berjaya diraih oleh kelab itu selepas tamat perlawanan pertama saingan Liga Premier 2021 berdepan Perak II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung menggunakan konsep Pay-Per-View (PPV) itu telah dijual pada harga RM15 bagi setiap pas telah berjaya menghasilkan jualan yang boleh dikatakan berbaloi untuk kelab.

Secara kasarnya, ZamSaham memberitahu bahawa Kelantan FC telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM43,972 untuk perlawanan tersebut!

“Jualan tiket termasuk t-shirt khas semalam berjumlah RM43,972. Lepas tolak kos penyiaran, bayar stadium dan pengadil secara kasar masih untung.”

Jika diperhatikan, terdapat beberapa isu yang merencatkan kutipan yang sepatutnya boleh diperolehi lebih tinggi, dimana ramai penyokong Kelantan FC sendiri yang menyebarkan pautan perlawanan tersebut dilaman sosial.

Tindakan ini sebenarnya merugikan pasukan mereka sendiri yang mampu meraih mungkin hampir RM70,000 sekiranya semua penyokong ini mempunyai rasa tanggungjawab menyokong pasukan seterusnya membolehkan pihak pengurusan untuk mengatur perancang lebih baik dimasa hadapan.

Mungkin beberapa penambahbaikan boleh dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini untuk perlawanan seterusnya dan apa yang pasti hasil yang diperolehi dari perlawanan pertama itu jauh lebih baik dari apa yang diterima pada musim lalu.

Sak lala sek kito!

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Nafuzi Zain: Perlukan Lebih ‘Pace’ Serangan Dibahagian ‘Flank’, 2 Pertukaran Berjaya Stabilkan Kapten Carli de Murga.

Karsten: “Eky Dan Ifedayo Banyak Buat Larian, Aliff Dan Danial Masuk Untuk ‘Press Center-Back’ Pahang”

Norshahrul Idlan Talaha Beri Pengesahan Akan Terima Medal Kejuaraan Thai League 2020/2021