Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam telah mengeluarkan surat amaran kepada tiga pasukan Liga Malaysia dengan memberikan tempoh masa kira-kira dua minggu bagi melangsaikan hutang berkenaan atau mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit.

Mereka bakal berdepan hukuman pemotongan mata jika gagal melunaskan tunggakan hutang pemain dan pegawai pasukan sebelum 31 Januari ini.

Salah satu pasukan tersebut ialah Kelantan dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman berkata, badan induk itu sudah mengadakan rundingan dengan semua pemain yang terlibat dengan isu tunggakan gaji itu.

“Kita tidak lepas tangan dalam isu ini, sebaliknya terus berusaha sedaya upaya untuk melangsaikan tunggakan itu walaupun secara ansuran,” katanya.

Bagaimanapun, KAFA menarik nafas lega apabila permohonan lesen untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga M) 2020 diluluskan oleh Malaysia Football League (MFL).

Kelulusan lesen itu melonjakkan lagi semangat pihak pengurusan untuk terus bekerja keras dalam mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.

“Walaupun diberikan kelulusan secara bersyarat, namun ia cukup menggembirakan kita.

“Alhamdulillah KAFA berjaya memenuhi lima daripada enam syarat perlesenan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook Kelantan FA.

82448065_3421228281280988_8637551902273306624_o

FOTO: KELANTAN FA

Difahamkan hanya aspek kewangan sahaja yang masih belum dipenuhi oleh KAFA yang merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan lesen.

Namun andai tunggakan gaji masih juga gagal diselesaikan sehingga tarikh akhir kedua yang ditetapkan iaitu pada 28 Februari 2020, pasukan berkenaan akan dikenakan pula hukuman tambahan iaitu pemotongan sebanyak 6 mata lagi.

Selepas itu, jika ia tetap tidak dapat diselesaikan pada tarikh akhir ketiga yang ditetapkan iaitu pada 30 Mac 2020, pasukan berkenaan akan dikeluarkan terus secara serta merta dari Liga Premier 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah. 

Lukas Podolski Lawat Fasiliti Pasukan Johor Darul Ta’zim, Kevin Ramalingam Turut Kelihatan Di Meja Perbincangan

FAS Utamakan Pemain Selangor II Bagi Gantikan Rufino Segovia Dan Nor Hakim Hassan

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group