Kelab yang beraksi dalam saingan V-League, Sài Gòn FC menjalin kerjasama bersama pasukan gergasi J. League, FC Tokyo untuk membangunkan sebuah akademi bola sepak di Vietnam.

Menurut laporan media tempatan, kerjasama antara dua kelab ini bukan sahaja melibatkan perkara mengenai bola sepak tetapi turut menyentuh tentang perkembangan ekonomi antara Vietnam dan Jepun.

Pengarah Perdagangan Antarabangsa FC Tokyo, Koji Ishii berkata langkah pertama yang akan dijalankan ialah pihaknya membantu Sài Gòn FC menubuhkan akademi bola sepak.

“Kami akan membantu Sài Gòn menubuhkan akademi bola sepak. Yang kedua, cuba untuk menjalin hubungan ekonomi serta budaya melalui bola sepak. Ini menjadi peluang keemasan bagi kedua negara untuk bekerjasama,” kata Ishii menurut laporan Sport Business.

Presiden Sài Gòn, Vu Tien Thanh pula berpendapat bola sepak Jepun yang lebih maju serta mempunyai persamaan dengan bola sepak Vietnam menjadi sebab mengapa mereka mahu bekerjasama dengan FC Tokyo.

“Kemajuan serta cara yang sama antara bola sepak kedua negara akan memudahkan pemain Vietnam untuk memahami dan kemudiannya melaksanakan apa yang telah dipelajari,” kata Tien Thanh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Vietnam di sini:

Le Cong Vinh Anggap Vietnam Belum Mampu Cabar Pasukan Gergasi Rantau Asia

Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam

Nguyen Quang Hai Tersenarai Dalam “Forbes’ 30 under 30”, Bukti Pengaruh Kuatnya Untuk Rakyat Vietnam