Kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1, Ratchaburi Mitr Phol membuat persiapan awal menjelang saingan musim hadapan apabila melantik seorang jurulatih wanita, Nuengruethai Sathongwien.

Nuengruethai sebelum ini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Thailand dan beliau baru sahaja meletak jawatan setelah temasya Piala Dunia Wanita berakhir Jun lalu.

Kelab
Sumber Gambar: Thailand FA

Pengendali berusia 47 tahun itu mengambil keputusan sedemikian setelah Thailand gagal untuk menampilkan persembahan terbaik serta tidak meraih sebarang mata dalam temasya tersebut.

Thailand tumbang kepada Amerika Syarikat dengan keputusan 13-0 dan tewas kepada Sweden pada perlawanan kedua dengan keputusan 5-1. Skuad kendalian Nuengruethai menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan kekalahan di tangan Chile dengan keputusan 2-1.

Selain itu, pelantikan Nuengruethai mencatat sejarah yang tersendiri dalam saingan Thai Ratchaburi apabila beliau menjadi jurulatih wanita pertama yang menguruskan kelab di liga tersebut.

Ketika ini, Ratchaburi menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 36 kata selepas 28 perlawanan.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini:

Akira Nishino Beri Amaran Kepada Kelab Thai League

Zafuan Azeman Sertai Kelab Thai League 3, Ang Thong FC

39 Pemain Filipina Dipanggil Sertai Latihan Skuad Kebangsaan, 16 Pemain Beraksi Dalam Thai League