Tarikan terhadap saingan Thai League 1 kini semakin kuat apabila 3 pemain Malaysia beraksi dalam saingan liga bola sepak Thailand itu menjelang aksi yang akan disambung semula 12 September nanti.

Mungkin sebelum ini tidak ramai yang mengambil berat tentang saingan ini tetapi selepas Mat Yo menyertai BG Pathum United dan terkini Mohamadou Sumareh bersama dengan Police Tero FC, ia sudah sedikit sebanyak memberikan pengaruh kepada peminat bola sepak di Malaysia.

Dalam artikel ini, VOCKET FC mahu berkongsi mengenai topik pendaftaran pemain serta kuota pemain import yang dibenarkan dalam saingan Thai League 1 dan Thai League 2.

Penggunaan
Sumber Gambar: Thai League

Bagi saingan divisyen utama – Thai League 1, setiap kelab dibenarkan untuk mendaftarkan sebanyak 37 orang pemain termasuk pemain import.

Untuk kuota pemain import pula, saingan Thai League 1 membenarkan kelab mendaftar pemain seperti berikut;

  • FIFA: 3 orang
  • AFC: 1 orang
  • ASEAN: Tiada Had

Walaupun kuota untuk pemain dari ASEAN tiada had, dalam sesebuah perlawanan hanya 3+1+3 (mengikut kategori diatas) sahaja yang dibenarkan turun beraksi.

Ini juga bermakna, sesebuah kelab dalam saingan Thai League 1 boleh menurunkan 7 orang pemain import dalam satu masa bagi setiap perlawanan.

EgZQ6YhU4AAYZBa

Manakala untuk saingan Thai League 2 pula ada sedikit perbezaan sahaja berbanding Thai League 1. Setiap kelab dalam saingan Thai League 2 hanya dibenarkan mendaftarkan 35 orang pemain sahaja termasuk pemain import.

Kuota pemain import dalam saingan Thai League 2 pula ada seperti berikut;

  • FIFA: 3 orang
  • AFC: 1 orang
  • ASEAN: 1 orang

Dalam sesebuah perlawanan, kelab Thai League 2 membenarkan semua pemain-pemain import ini turun beraksi dalam perlawanan iaitu 3+1+1, bermakna ada 5 orang pemain import yang boleh bermain.

Mungkin ada yang melihat kuota pemain import ini bakal menjejaskan peluang pemain tempatan mereka, tetapi apa dari perspektif mereka ia satu strategi untuk menambahkan lagi nilai komersil melalui penjualan hak penyiaran, penajaan dan apa-apa cara lain lagi.

Tiada isu pemain tempatan tidak mendapat tempat kerana hampir semua kelab melihat kuota ini bukanlah satu kewajipan untuk dipenuhi, ia sekadar satu pilihan bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab jika berminat.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Perlawanan Ke-6 CIMB Liga Super Malaysia Catat Hampir 2 Juta ‘Views’ Di Platform Youtube Sahaja

Mohammed Ghaddar Kembali Ke Lebanon, Pulang Ke Pangkuan Nejmeh SC Selepas 11 Tahun Berkelana

Kem Vietnam ‘Kalut’ Filip Nguyen Terima ‘Call Up’ Skuad Kebangsaan Republik Czech Bertemu Scotland Dalam UEFA Nations League