Sebuah kelab gergasi Thai League yang berpangkalan di kota Bangkok berminat untuk menandatangani penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.

Perkara ini didedahkan oleh sebuah laman di media sosial Twitter berkaitan bola sepak Thailand, All Things Thai Football namun mereka tidak menyebut nama kelab yang berminat dengan khidmat Diogo.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Thai League, ada tiga buah kelab di kota Bangkok yang beraksi dalam saingan liga domestik musim ini. Tiga kelab tersebut ialah Police Tero FC dan Port FC dalam saingan Thai League 1 serta sebuah pasukan yang beraksi di Thai League 3, Bangkok FC.

Police Tero merupakan kelab yang diwakili oleh salah seorang pemain pertahanan skuad kebangsaan kebangsaan, Dominic Tan manakala Port FC pula merupakan juara Piala FA Thailand musim 2019.

Melihat kepada sumber kewangan kedua-dua kelab di atas, Port memiliki kelebihan untuk mendapatkan Diogo dimana mereka salah satu pemilik kelab merupakan syarikat yang menguruskan dua pelabuhan terbesar di Thailand iaitu di Laem Chabang dan Bangkok.

Kelab
Sumber Gambar: JST

Pada masa yang sama, All Things Thai Football turut mendedahkan JDT mahu membawa masuk seorang pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand.

Namun, masih belum jelas mengenai pemain mana yang mahu dibawa masuk oleh juara bertahan Liga Super itu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Diogo Luis Santo Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Pilihan Theerathon Bunmathan

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo

Rekod ‘Goal-Ratio’ 96.2% Diogo Luis Santo Dalam Thai League Sukar Digugat, Dilabel Sebagai ‘Superhuman’