Pemain negara mula mendapat perhatian daripada kelab di rantau Eropah apabila sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super Switzerland, FC Zurich dikhabarkan berminat untuk mengambil khidmat pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid.

Perkara ini menjadi perbualan setelah pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mendedahkan dalam satu sesi No Hold Barred bahawa ada beberapa kelab daripada Switzerland dan juga Jepun yang berminat untuk meminjam pemain daripada juara Liga Super 2019 itu.

“Kita juga ada beberapa pemain yang menarik minat kelab daripada Switzerland, FC Zurich dimana mereka mahu meminjam pemain JDT. Kelab daripada saingan Liga Jepun turut berminat untuk meminjam pemain kita. Selain itu, ada juga kelab yang mahu meminjam Akhyar Rashid.

“Namun kita belum membuat sebarang keputusan setakat ini. Kita perlu berbincang dengan pemain tersebut adakah mereka sudah bersedia untuk beraksi di luar atau sebaliknya,” kata TMJ.

FC Zurich yang dibimbing oleh Ludivic Magnin ketika ini menduduki tangga keempat dalam saingan Swiss Super League dimana mereka mengutip 30 mata selepas mengharungi 18 perlawanan.

Jika Safawi menyertai kelab yang memenangi gelaran Liga sebanyak 12 kali itu, maka ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk pemain sayap itu menimba pengalaman serta meningkatkan lagi mutu serta tahap permainan beliau kerana akan beraksi dan berhadapan dengan pemain yang mempunyai tahap lebih baik daripada saingan Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid dan Johor Darul Ta’zim di sini:

Harimau Yang Tidur Kini Sudah Bangun, JDT Bakal Buat Pengumuman Besar Pada 20 Disember

TMJ: Safawi Rasid Mendapat Manfaat Dari Persaingan Kompetitif Di JDT Untuk Sampai Ke Tahap Sekarang

Yeyen Tumena Sifatkan Safawi Rasid Pemain Yang Punyai Bakat Luar Biasa