Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab terkaya Singapura, Lion City Sailors kini bercita-cita menjadi kelab bola sepak yang digeruni di Asia apabila mereka merancang untuk membina fasiliti latihan canggih lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan termasuk sebuah akademi.

Menurut laporan daripada The Straits Times, fasiliti latihan yang bernilai $10m (RM31 juta) itu dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan April 2022 dan dilengkapi 5 buah padang, gimnasium, bilik persalinan serta pusat sains sukan.

Selain itu, mereka turut mempunyai sebuah pusat perubatan dan bilik kuliah untuk tujuan pembelajaran mengenai bola sepak bagi program di peringkat akar umbi.

Saksikan rakaman video yang menunjukkan gambaran sebenar pusat latihan kelab bola sepak Lion City Sailors melalui pautan dibawah.

Lebih menarik, pusat latihan itu turut mempunyai kafe untuk orang awam dan ruang menjalankan aktiviti komuniti dengan masyarakat setempat melalui pelbagai program akar umbi.

“Mattar Road akan menjadi rumah baharu para pemain dimana kita akan mengasah bakat muda dan mempersiapkan pasukan senior untuk memenangi pelbagai kejuaraan.

“Saya juga teruja untuk membuka pintu kepada program komuniti bola sepak melalui usaha ActiveSG. Kemudahan ini bukan sahaja membantu Lion City Sailors dalam membangunkan bakat baharu, tetapi juga untuk membantu mengangkat komuniti bola sepak di negara kita,” Kata CEO Sailors, Chew Chun Liang.

Lion City Sailors sebelum ini dikenali sebagai Home United dan kemudian ditukar nama selepas diambil alih oleh pemilik syarikat Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena) iaitu Forrest Li.

Forest Li bukanlah nama asing dalam bola sepak Singapura. Jutawan yang berusia 42 tahun itu merupakan anggota majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sejak 2017 dan menyertai jawatankuasa pengurusan Home United.

Beliau juga merupakan pemilik dan pengasas platform e-dagang popular di Asia iaitu Shopee dan pengambilalihan itu menjadi satu petanda perubahan untuk bola sepak Singapura bagi mencapai sasaran layak ke Piala Dunia 2034.

yq-lcs-24042021

FOTO: MOHD KHALID BABA (The Straits Times)

“Kami bangga dapat jadi sebahagian daripada syarikat Singapura yang memainkan peranan penting untuk mengangkat bola sepak tempatan ke peringkat yang seterusnya.

“Dengan menyatukan kelab yang mempunyai warisan yang kaya, peminat luar biasa, serta organisasi yang hebat, kami berhasrat untuk menjadikan Lion City Sailors FC sebagai penanda aras baru untuk kecemerlangan bola sepak di Singapura dan rantau ini,” kata Forest Li

Tahun lepas, kelab itu turut melabur $1M (RM4 juta) membina sebuah akademi bola sepak sendiri dan menerima penarafan satu bintang oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Bek Kental Penang, Ryuji Utomo Dipanggil Sertai Skuad Indonesia Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022

Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri

Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor

Wartawan Thailand Dedah Adisak Kraisorn Terima Tawaran Dari JDT

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group