Mungkin sebahagian besar peminat bola sepak di Malaysia tidak pernah tahu mengenai perkara ini, dan ada segelintir yang melihat ianya seperti lucu tetapi dari satu sudut lain menjual beras oleh sebuah pasukan bola sepak boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Hari ini kami cuba mengambil inisiatif oleh kelab Albirex Niigata Singpore yang menggunakan beras sebagai salah satu produk mereka untuk dijual ke pasaran umum yang akan menghasilkan pendapatan untuk operasi mereka.

Beras yang mereka gunakan ini sebenarnya dari jenis Koshihikari dan diambil terus dari Niigata, Jepun dimana proses pembukusan akhir dilakukan di Singapura sebelum diedarkan.

Albirex ‘Albi-Rice’ yang mula dikeluarkan pada pertengahan tahun 2017 dan sehingga kini masih lagi berada dipasaran. Selari dengan perkembangan teknologi dan cara masyarakat terkini, Albi-Rice juga boleh didapati secara online melalui platform seperti Lazada dan juga Shopee.

Dengan populasi di Singapura yang tidaklah begitu besar, mereka juga telah mengeksport produk ini ke Malaysia dan biasanya ada dijual dibeberapa rangkaian pasar seperti Jaya Grocer atau Jaya Grocer.

Albirex Shopee

Apa yang kita perlu lihat dari artikel ini adalah, kemampuan untuk sesebuah kelab itu menggunakan produk-produk tempatan untuk diperkenalkan atau dipasarkan secara lebih meluas untuk menghasilkan pendapatan serta berganding bahu membantu ekonomi setempat menggunakan kekuatan jenama yang mereka miliki.

Mungkin pihak-pihak berkenaan perlu lebih banyak menurunkan ego masing-masing dan turun melihat dengan lebih terbuka peluang serta produk yang berpotensi untuk menjana pendapatan, membantu ekonomi setempat serta merapatkan hubungan dengan komuniti supaya lebih ‘ngam’ lagi demi kelestarian industri bola sepak di Malaysia.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia

Terpaksa ‘Mengemis’ RM345 Minta Bayaran Rekaan Grafik Global FC, Pemilik Kelab Buat Bodoh Sahaja.

Baca Bagaimana Kelab Divisyen 6 Jepun Ini Raih ‘Crowdfunding’ Berjumlah RM200,000 Dalam Masa 3 Hari Sahaja