Kelab Liga Serbia, Red Star Belgrade bakal membuka sebuah akademi di Malaysia bagi mencari bakat baharu dari Asia Tenggara khususnya negara ini.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab baru-baru ini dimana Red Star telah menandatangani pra kontrak bersama seorang diplomat Malaysia, Muhammad Amin Daleka bagi membuka akademi kelab berkenaan di sini.

“Tujuan utama pembukaan akademi ini ialah mencari bakat berpotensi dari Malaysia dan 10 negara (Asean) lainnya bagi meningkatkan kualiti di akademi bertaraf antarabangsa sekaligus memperkenalkan kelad di luar Eropah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Red Star Belgrade ketika ini mempunyai seorang pemain Malaysia iaitu Omar Raiyan Kama Azlan yang beraksi bersama skuad B-17 tahun kelab itu.

Sebelumnya, seorang lagi pemain muda negara iaitu Adam Hamid turut beraksi bersama juara Eropah pada 1990 itu sebelum berhijrah ke sattu lagi kelab Serbia, FK IMT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Kepercayaan Zidane Kepada Hazard Masih Tak Terbalas Dan Vinicius Menjadi Mangsa

Mason Mount Sindir Kroos Selepas Komen Pemain Itu Tentang Chelsea

Rio Ferdinand Tak Iktiraf Treble City Sebagai Treble Sebenar Jika Mereka Menang UCL, EPL Dan Piala Liga