Gergasi saingan Thai League 1, SCG Muangthong United semalam mengeluarkan satu kenyataan bahawa penyerang lagenda mereka, Teerasil Dangda sedang diburu oleh beberapa buah kelab dari Jepun.

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh SMM Sport semalam, pihak kelab SCG Muangthong United akan mempertimbangkan tawaran yang diterima namun segalanya turut bergantung kepada Teerasil Dangda sendiri samada mahu berhijrah atau pun tidak.

Pengurus SCG Muangthong United, Kan Chanrat mendedahkan bahawa ‘rumours’ wujudnya pasukan J.League menghubungi mereka untuk bertanyakan kemungkinan untuk membawa ‘pulang’ Teerasil Dangda ke Jepun adalah benar dan bukan sekadar khabar angin.

73333457_2777797572245003_4399839574050734080_o

Selain itu, beliau turut menceritakan bahawa sepanjang musim ini berlangsung, banyak pasukan dari J.League telah menyatakan minat mereka untuk menarik Teerasil Dangda kembali ke Jepun termasuk menyertai latihan off-season.

Bagaimanapun, pihak kelab terpaksa meneliti dahulu semua tawaran yang diterima serta mendapatkan kepastian dari Teerasil Dangda sendiri samada beliau mahu kembali beraksi dalam saingan J.League atau pun tidak.

Sebelum ini, Teerasil Dangda yang telah berusia 31 tahun itu telah beraksi untuk Sanfrecce Hiroshima secara pinjaman dalam saingan J1 League pada musim 2018.

00021623-G

Sepanjang aksinya bersama kelab itu, Teerasil Dangda telah berjaya melakukan 32 penampilan dengan 1,578 minit bermain dan menjaringkan 6 gol dalam saingan liga disamping merupakan penjaring kedua terbanyak kelab tersebut.

Dalam saingan piala domestik Jepun pula, Teerasil Dangda telah diturunkan sebanyak 5 kali dengan 274 minit bermain dan menjaringkan 1 gol.

Berdasarkan prestasi yang pernah ditunjukkan oleh beliau dalam saingan liga dan piala domestik Jepun, beliau tidak menghadapi masalah besar untuk menyesuaikan diri dan dijangka akan berpindah ke Jepun sekali lagi musim 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Teerasil Dangda: Penjaring Ke 2 Paling Tinggi Dalam Skuad Sanfrecce Hiroshima Selepas 16 Perlawanan

2 Lagi Pemain Thailand Sah Akan Bersama Kelab JLeague Musim 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group