Berita mengenai tawaran yang diterima oleh Johor Darul Ta’zim untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC semalam telah berjaya menggegarkan ‘scene‘ bola sepak tempatan yang baru mula untuk pulih selepas lama terhenti.

Pastinya perkara itu mengundang banyak komen-komen yang sinis dari para netizen terutama yang melihat tawaran itu hadir selepas seorang lagi pemain muda negara, Luqman Hakim berlepas ke Belgium 2 minggu lalu.

Namun, komen-komen sebegitu pantas ‘dipotong’ oleh TMJ sendiri terutamanya dilaman sosial Instagram dan komen yang ditinggalkan itu adalah jawapan kepada ramai peminat bola sepak yang ada mempersoalkan mengenai tawaran ke Portimonense SC .

117888757_1783617701801521_6548554758636940450_o

“Ini lain. Kelab monitor pemain kami dan OFFER. Bukan guna atau suruh kroni Tun ambil pemain kami. Tolong jangan samakan.”

Sambil itu TMJ juga turut merakam ucapan tahniah kepada Terengganu (TTeam) yang telah develop Safawi Rasid sehingga menjadi seorang pemain bola sepak serta JDT yang telah develop pemain itu sebagai juara.

“Tahniah kepada Terengganu developing Safawi to be a footballer. Tahniah kepada JDT developing Safawi to be a Champion. Syabas.”

TMJ

Pastinya penghijrahan pemain-pemain Malaysia ke eropah bakal memberikan manfaat besar kepada skuad kebangsaan satu hari nanti selain turut membuka pintu bagi pemain lain untuk diperhatikan dengan lebih rapat oleh pencari bakat dari liga terkemuka dunia.

Selamat maju jaya kepada Safawi Rasid di Portimonense SC !

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Saluran Youtube Bola Sepak Tersohor Dunia – COPA90, Terbitkan Video Khas Mengenai Pasukan JDT

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?