Sebuah kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City, hari ini secara rasmi mengikat Wan Kuzain Wan Kamal, sebagai pemain ‘Homegrown’.

Wan Kuzain yang merupakan salah seorang produk Akademi Sporting Kansas, merupakan pemain ‘Homegrown’ ke 9 dalam sejarah kelab itu, bersetuju mengikat kontrak sehingga tahun 2020 dengan pilihan lanjutan bagi tahun 2021 dan 2022.

“Wan Kuzain adalah pemain dari akademi kami dan telah menunjukkan peningkatan yang pantas”.

“Beliau mempunyai kefahaman yang bagus dalam ‘role’ yang diberikan dalam model permainan kami, dan tiada keraguan untuk kami bahawa dia layak diberikan peluang yang lebih tinggi.”

“Sebagai seorang pemain yang mempunyai ‘attitude’ dan mentaliti yang bagus, Kuzain mampu untuk mencerminkan nilai teras kami sebagai sebuah kelab. Beliau mempunyai masa depan yang sangat cerah”, menurut pengurus Sporting KC, Peter Vermes.

Kuzain Hero (1)

Sebagai seorang pemain tengah, Kuzain telah muncul sebagai pemain ‘Homegrown’ pertama yang datang dari Akademi Sporting KC, menyertai Swope Park Rangers dan seterusnya diambil untuk beraksi dalam pasukan utama.

“Saya sangat teruja dan berterima kasih untuk peluang bersama Sporting KC”, ujar Kuzain.

“Ini adalah sesuatu yang semua pemain muda mahukan dan ia adalah sesuatu yang cukup berharga menjadi sebahagian dari kelab, dengan saya bermula dari akademi, menyertai Rangers dan sekarang berpeluang beraksi dengan pasukan utama.”

“Saya tidak hanya mewakili diri sendiri tetapi juga semua jurulatih dan staf akademi”

Karier Wan Kuzain Sejak 2016

  • Ogos 2016 – Menyertai Sporting KC Academy
  • Ogos 2016 – Tandatangan kontrak akademi bersama Swope Park Rangers
  • Julai 2017 – Tandatangan kontrak profesional USL bersama Swope Park Rangers
  • April 2018 –  Tandatangan kontrak MLS Homegrown bersama Sporting Kansas City

Prestasi Wan Kuzain Sebelum Sertai Sporting Kansas City

Wan Kuzain dilahirkan di Carbondale, Illinois, telah bersama dengan St.Louis Scott Gallagher Soccer Club sebelum menyertai Akademi Sporting Kansas pada Ogos 2016.

Beliau menandatangani kontrak sebagai pemain akademi dengan Swope Park Rangers sebulan selepas itu yang membolehkan Wan Kuzain untuk beraksi bagi kedua-dua buah pasukan.

wan_kamal_0

Wan Kuzain telah berjaya dipilih dalam senarai Best XI Central Conference dalam musim 2016-2017 US Soccer Development Academy, menjaringkan 4 gol dalam 20 penampilan.

Pada tahun 2017, Wan Kuzain terus mempamerkan peningkatan bersama Swope Park Rangers, dimana beliau telah membantu kelab tersebut mara ke peringkat Kejuaraan Western Conference 2 kali berturut-turut.

Tampil beraksi untuk kali pertama bersama Swope Park Rangers pada bulan Mac 2017 dan menandatangani kontrak profesional pada bulan Julai 2017, dengan 13 kali turun dalam perlawanan.

kuzainspr

Mencatat rekod sebagai pemain yang mempunyai ‘passing accuracy’ paling tinggi dengan 91.3% dari semua pemain dalam USL dengan jumlah penampilan sekurang-kurangnya 5 kali.

Musim ini Wan Kuzain telah tersenarai dalam kesebelasan utama Swope Park Rangers sebanyak 4 kali dari 5 perlawanan pertama, mencatat 90.8% ‘completed passes’, membantu SPR terikat ditempat pertama USL Western Conference dengan 3 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah.

Sebagai rekod bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat, Wan Kuzain pernah berlatih bersama skuad U17 Amerika Syarikat pada tahun 2013 dan bersama kelab dari Belanda pada lewat 2015.

Sumber