Kapten pasukan Kashima Antlers, Gen Shoji dilaporkan akan berhijrah ke Ligue 1 untuk bersama pasukan Toulouse FC pada perpindahan musim sejuk akan datang menurut laporan dari Hochi News.

Dalam laporan yang dikeluarkan itu juga menyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama Gen Shoji menerima tawaran rasmi dari Toulouse. Selepas tamat kejohanan Piala Dunia Russia 2018 yang lalu, Gen Shoji telah menerima beberapa tawaran dari kelab di eropah dan 2 daripadanya adalah Toulouse FC dan Strasbourg. Toulouse FC kali ini melakukan tawaran kali kedua dan Gen Shoji bersetuju untuk menyertai mereka.

Toulouse FC yang kini berada dikedudukan ke 15 Ligue 1 musim 2018-2019 membuat tawaran sebanyak 3 juta Euro (387 juta Yen) dan ini merupakan jumlah yuran perpindahan paling tinggi pernah diterima oleh seorang pemain pertahanan dalam JLeague untuk berhijrah ke eropah. Hidetoshi Nakata ke Perugia dari Bellmare Hiratsuka dengan jumlah perpindahan 500 juta Yen.

ebbe99bbcdf81be12993caf699451856

Gen Shoji ketika berusia 13 tahun – tahun pertama menyertai Gamba Osaka Junior Youth.

Gen Shoji merupakan seorang produk FC Fresca U12 Kobe sebelum menyertai Gamba Osaka Junior Youth (U15) dan pada umur 16 tahun beliau menyertai Yonago Kita High School dan beraksi dalam liga Sekolah Tinggi Jepun sehingga umur 18 tahun. Beliau mula menyertai Kashima Antlers pada tahun 2011 bersama-sama Gaku Shibasaki yang kini beraksi untuk Getafe CF dalam La Liga.

101229navi

Gen Shoji ketika beraksi untuk Yonago Kita High School.

Bapa beliau, Chikara Shoji merupakan seorang ketua jurulatih pasukan Universiti Himeji Dokkyo yang beraksi dalam Divisyen 2A, Liga Universiti Kansai. Chikara Shoji mempunyai lesen kejurulatihan paling tinggi dari JFA ( Lesen Kejurulatihan S) dan layak untuk memegang jawatan dalam mana-mana kelab JLeague.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group