Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dominic Tan sah meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana beliau telah mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu melalui satu muat naik di laman instagramnya pada Sabtu lalu.

Tidak lama setelah mengumumkan perpisahan beliau dengan JDT, bekas ketua pasukan skuad B-22 tahun negara itu dijangka terus beraksi di luar negara apabila beberapa kelab Liga Thailand dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Dominic sebelum ini menyertai Police Tero FC secara pinjaman daripada JDT sehingga saingan Thai League 2 musim 2019 menutup tirai. Police berjaya muncul sebagai naib juara dibelakang BG Pathum United yang muncul sebagai juara sekaligus layak beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan.

Sepanjang menyarung jersi Police Tero, Dominic hanya membuat satu penampilan dan beliau turut tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan terakhir Liga. Namun, pemain yang pernah beraksi bersama Vilaverdense di Portugal ini hanya sekadar memanaskan bangku simpanan. Meskipun tidak banyak beraksi, namun pengalaman Dominic beraksi di peringkat tertinggi bersama JDT menyebabkan beberapa kelab Liga Thailand mahu mendapatkan khidmatnya.

Kelab
Dominic Tan

Selain mendapat tawaran daripada kelab Thailand, pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia turut berminat untuk mendapatkan khidmat Dominic bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan.

Baca artikel lain mengenai Dominic Tan dan juga Johor Darul Ta’zim di sini:

Dominic Tan Jun Jin Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Aaron Niguez Tinggalkan Johor Darul Ta’zim?

Kelab Switzerland, FC Zurich Berminat Untuk Mengambil Khidmat Safawi Rasid?