Beberapa perubahan bakal dinikmati lapan pasukan yang bakal bersaing dalam kempen AIA Liga Perdana Singapura (SPL) 2022 bermula 25 Februari ini selepas pengumuman rasmi dilakukan badan induk bola sepak negara tersebut, kelmarin.

Antara perubahan yang nyata mencuri tumpuan ialah berkenaan jumlah perlawanan apabila kesemua pasukan perlu menghadapi 28 perlawanan liga dalam satu musim.

Ini bermakna format liga tiga pusingan seperti kebiasaan dalam SPL tidak lagi digunakan sekali gus terdapat tambahan satu lagi pusingan dengan alasan untuk menyuntik tahap persaingan yang lebih tinggi.

Selain itu, langkah baharu yang diambil itu juga disifatkan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) sebagai memberikan lebih banyak minit permainan buat para pemain.

Susulan penambahan jumlah permainan tersebut, FAS juga telah menetapkan bahawa setiap kelab dibenarkan untuk mendaftarkan 20 pemain dalam satu-satu perlawanan.

Ia membawa maksud peningkatan daripada tujuh kepada sembilan pemain yang dibenarkan berada di bangku simpanan dengan lima kali pertukaran boleh dilakukan.

Selain itu, kuota pemain bawah 23 tahun warganegara Singapura yang sebelum ini wajib diturunkan seramai tiga orang pemain sepanjang separuh masa pertama telah dikurangkan kepada hanya seorang pemain sahaja.

Kempen SPL 2022 bermula dengan aksi Perisai Komuniti yang mana menemukan juara liga, Lion City Sailors dan Albirex Niigata pada 19 Februari di Stadium Jalan Besar.

Manakala dalam perkembangan lain, Piala Singapura yang kali terakhir diadakan pada tahun 2019 akan kembali dipertandingan sebaik sahaja saingan liga berakhir pada pertengahan Oktober.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Usaha Mantapkan Lagi Jentera Serangan, Trucha Mahu Bawa ‘Pasangan’ Buat Casagrande

Faisal Rosli Harap Dapat Beri Sumbangan Berkesan Buat Kelantan United

Dari UiTM FC Ke Scottish Premiership, Victor Nirennold Sah Sertai Motherwell