Nampaknya bukan sahaja KV Kortrijk yang berminat dengan khidmat Luqman Hakim dimana baru-baru ini terdapat sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini turut berminat dengan pemain skuad B-19 tahun negara itu.

Menurut perkongsian Pemain Ke-12 di laman media sosial Twitter, kelab tersebut berminat untuk mengambil khidmat Luqman bagi mengukuhkan reputasi mereka di rantau Asia Tenggara.

Kelab yang tidak dinyatakan namanya itu mahu menandatangani Luqman dan bersetuu untuk meminjamkan pemain itu ke KV Kortrijk selama dua ke tiga musim.

Tujuannya ialah bagi memastikan pemain berusia 18 tahun itu mendapat minit bermain yang cukup selain memperoleh visa untuk beraksi di England pada masa akan datang.

Apa yang pasti, Luqman Hakim perlu bijak untuk membuat pilihan kerana ini melibatkan masa depan dan juga karier beliau.

Paling utama ialah Luqman perlu beraksi di luar negara bagi memastikan beliau dapat meningkatkan kualiti serta kemampuam yang dimiliki.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

TMJ: Luqman Hakim Bukan Dibeli KV Kortrijk, Tetapi Tan Sri ‘Terpaksa’ Ambil Sebab Ada ‘Special Request’

Luqman Hakim Terima ‘Lampu Hijau’ Dari KV Kortrijk, Perlu Dapatkan Kebenaran Terbang Segera

Luqman Hakim Beraksi Bersama Selangor 2 Bagi Dapatkan Minit Permainan