Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang skuad kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan pada musim hadapan.

Antara kelab yang berminat ialah Wolverhampton Wanderers dan Brighton & Hove Albion dimana kedua-dua pasukan mahu memperkuatkan jentera serangan bagi menghadapi saingan musim 2020/2021.

Hee-chan mula mendapat perhatian apabila beliau tampil cemerlang dengan menjaringkan satu gol ketika Red Bull Salzburg berdepan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Annfield pada November tahun lalu.

https://youtu.be/Zw3P8BHTjsM

Hee-chan dilihat mudah untuk melepasi benteng pertahanan Liverpool yang dibarisi oleh Virgil Van Dijk dan Joe Gomez. Namun, Salzburg tewas dengan keputusan 4-3 sekaligus gagal membawa pulang sebarang mata.

Selain itu, pemain berusia 23 tahun ini juga tampil memberangsangkan dalam saingan Bundesliga Austria dimana beliau menjaringkan 12 gol daripada 25 perlawanan.

Hwang Hee-chan
Sumber Gambar: Dailly Mail

Rakan sepasukan Hee-chan di RB Salzburg seperti Takumi Minamino dan Erling Braut HÃ¥land telah menyertai pasukan besar seperti Liverpool dan Borussia Dortmund.

Tidak mustahil Hwang Hee-chan bakal mengikut jejak langkah dua pemain ini kerana sudah terbukti beliau mampu untuk mengemudi jentera serangan dengan baik.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia di saingan bola sepak Eropah di sini:

Jurgen Klopp Sifatkan Penampilan Pertama Takumi Minamino Sebagai Luar Biasa

Takefusa Kubo Tiada Dalam Perancangan Zinedine Zidane

Heerenveen Mahu Buang Lima Pemain Dengan Gaji Tertinggi, Doan Van Hau Jadi Salah Satu Calon