Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama kelab Iwaki FC mungkin tidak gah kelab-kelab gergasi lain yang dikenali oleh peminat bola sepak di Malaysia, namun apa yang mereka lakukan ketika ini adalah sama seperti kelab profesional lain di Jepun.

Selain memiliki fasiliti yang profesional untuk pasukan, Iwaki FC juga turut hebat dalam menjalankan aktiviti perniagaan serta partnership dengan syarikat-syarikat besar walaupun mereka berstatus pasukan amatur dan beraksi dalam liga divisyen 4 Jepun.

Seperti gambar dibawah, kelab Iwaki FC mempunyai jalinan kerjasama dengan sebuah syarikat logistik tempatan yang dikenali sebagai Seiwa Konpo.

EltANOyU4AAThSN

Lori yang panjangnya dianggarkan sekitar 40 kaki ini bukanlah bertindak sebagai sebuah merchandise store bergerak, tetapi lebih kepada untuk mengankut barang-barang keperluan untuk pihak kelab mengadakan aktiviti-aktiviti bersama komuniti disekitar hometown mereka.

Dengan wujudnya kerjasama ini, trak ini telah dicat dengan warna tema dan logo kelab selain nama syarikat dan apa yang lebih penting adalah ayat yang memberitahu bahawa kedua-dua entiti ini adalah rakan perniagaan.

El9r-xZU4AEYdeY

Mungkin perkara seperti ini boleh dijadikan satu idea oleh pasukan-pasukan dalam liga di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama seperti ini namun perlu diingatkan juga bahawa aktiviti-aktiviti bersama komuniti perlu dilakukan secara konsisten untuk ‘membawa’ jenama rakan perniagaan bersama-sama.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih dari VOCKETFC seperti dibawah ini.

Media Thailand Dedahkan Diogo Dan Teerasil Hampir Pasti Bergandingan Mulai Pusingan Ke-2 Thai League

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

TMJ: “Menggunakan Dana Kerajaan Hanya Bermaksud Penswastaan Yang Berpura-Pura.”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group