Sebuah kelab yang beraksi dalam saingan La Liga dikhabarkan berminat untuk menandatangani khidmat pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin.

Setelah tiga musim beraksi dalam saingan J. League bersama Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip mempunyai peluang untuk mengikut jejak langkah rakan sepasukan di skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda yang pernah beraksi di La Liga bersama Almeria.

Kelab La Liga
Sumber Gambar: Changsuek

Menurut pendedahan salah sebuah media, Malaga dikhabarkan menjadi pasukan yang berminat untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu kerana kelab tersebut sedang mencari pemain tengah menyerang untuk memperbaiki prestasi semasa dalam saingan divisyen kedua.

Kelab La Liga
Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Changsuek

Selain itu, Malaga turut berpeluang untuk menarik pelabur dari Thailand seperti yang dilakukan oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City kerana Chanathip merupakan bintang bola sepak nombor satu di negara tersebut.

Tidak ramai kelab di sekitar rantau Eropah yang menggunakan khidmat pemain dari Thailand namun pencapaian serta prestasi yang ditampilkan oleh Chanathip menjadi faktor utama untuk pemain itu memecahkan tradisi tersebut.

Musim 2019 lalu, Messi Jay diundi sebagai pemain terbaik Consadole Sapporo oleh rakan sepasukan selain tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik bagi musim tersebut.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip Songkrasin Muncul Rakyat Thailand Pertama Dilantik Sebagai Duta Mastercard

Saksikan Video Iklan Mastercard Gandingan Messi, Neymar Dan Chanathip Songkrasin

Chanathip Songkrasin Laku Keras, Terkini Dilantik Sebagai Duta Resort Pelancongan Tersohor Hokkaido