Destinasi pemain sayap skuad B-22 tahun Indonesia, Saddil Ramdani bagi saingan musim 2020 masih belum diketahui selepas beliau antara pemain import yang dilepaskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Saddil dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Sabah setelah bekas penyerang skuad Garuda, Kurniawan Dwi Yulianto dilantik sebagai ketua jurulatih. Akan tetapi, kelab yang beraksi dalam saingan Jupiler Pro League dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Menurut Indosport, tiga kelab yang dimaksudkan iaitu Sint-Truidense VV, SV Zulte Waregem dan Club Brugge KV berminat untuk mendapatkan bekas pemain Persela ini.

Club Brugge ketika ini sedang mendahului carta Jupiler Pro League dengan kutipan 46 mata daripada 19 perlawanan manakala Zulte Waregem menduduki tangga keenam dengan 31 mata daripada 20 perlawanan.

Satu lagi pasukan ialah Sint-Truidense yang mana pernah diwakili oleh pemain Vietnam, Nguyen Cong Phuong berada di tangga ke-11 dengan 23 mata daripada 20 perlawanan.

Jupiler Pro League
Nguyen Cong Phuong

Baru-baru ini, Saddil membantu Indonesia meraih pingat perak dalam temasya Sukan SEA 2019 dimana skuad bimbingan Indra Sjafri itu tewas kepada Vietnam pada perlawanan akhir.

Pemain berusia 20 tahun ini terkenal dengan kepantasan serta kemampuan untuk mengambil sepakan dengan baik daripada situasi bola mati.

Baca artikel lain mengenai Saddil Ramdani yang telah kami sediakan di sini:

Liga Malaysia 2020: Saddil Ramdani Sertai Pasukan Sabah Musim Depan?

Pasukan Liga Super Buru Khidmat Saddil Ramdani

Tiada Lagi Kelibat Saddil Ramdani Dan Zubir Azmi Dalam Skuad Tok Gajah Musim Depan