Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ujian virus, yang setakat ini telah meragut lebih dari 6,000 nyawa di Jerman, adalah komponen penting dalam rancangan untuk memulakan semula Bundesliga di stadium tanpa penonton.

DFL mengesahkan kepada anak syarikat AFP – SID bahawa ujian berkala telah dimulakan di dua liga utama, dengan harapan perlawanan akan dapat dimainkan seawal 9 Mei atau 16 Mei.

Namun, liga masih memerlukan restu daripada pemerintahan Angela Merkel – bagi memastikan ianya dapat disambung semula.

Canselor Jerman Merkel mempengerusikan sidang video dengan perdana menteri dari 16 negara pada hari Khamis. Dan Bundesliga merupakan antara perkara yang dibincangkan.

Keputusan muktamad tentang perkara itu dijangka akan diumumkan oleh kerajaan pada hari Rabu depan.

“Seterusnya kami juga akan membuat keputusan yang jelas mengenai aktiviti sukan di negara ini [Jerman],” kata Merkel dalam satu kenyataan.

Kementerian Tenaga Kerja, yang telah mempersetujui rancangan ‘restart’, menuntut setiap pemain perlu diuji dua kali sebelum kelab kembali menjalani latihan berpasukan.

Setakat ini hanya latihan di dalam kelompok kecil sahaja dibenarkan.

Pemain akan diberikan piawaiwan kebersihan yang ketat, termasuk ujian untuk virus setiap beberapa hari.

FIFA sebelum ini mencadangkan agar pemain yang meludah boleh dikenakan kad kuning.

Menurut akhbar harian Jerman Bild, juara bertahan Bayern Munich, yang berada empat mata di puncak liga, ketika liga dihentikan pada pertengahan Mac, adalah antara mereka yang memulakan ujian pada hari Khamis.

Kelab lain dijangka memulakan ujian dalam beberapa hari akan datang.

Bundesliga dijangka akan menjadi liga yang pertama di kalangan 5 liga utama Eropah yang akan memulakan aksi.

Baca juga berita bola sepak yang lain:

Bundesliga Optimis Dapat Sambung Aksi Pada Awal Mei

Bundesliga Sudah Sedia Bersambung Pada Mei, DFL Larang Penyokong Berkumpul Luar Stadium

Kelab 2. Bundesliga, FC Koln Mahu Bekerjasama Dengan Lukas Podolski

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group