Tamat kejohanan Sanix Cup 2018, skuad Malaysia U18 berjaya mencatat 3 kemenangan dari 6 perlawanan yang diharungi dalam tempoh 4 hari kejohanan berlangsung.

2 gol dijaringkan dan 6 kali bolos dalam peringkat Kumpulan A dimana gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh Arham Khussyairi dan Muhammad Hadi Fayyadh.

Pada peringkat penentuan tempat ke 9 hingga 16, Malaysia U18 telah berjaya menjaringkan 9 gol dan hanya bolos 1 gol.

  • Bertemu Higashi Fukuoka High School, seri 0-0
  • Bertemu Qian Shui High School, menang 6-0, T Saravanan 25’ & 68’, Ahmad Nur Rahman Ab Rasid 34’, Syahmi Zamri 35’ & 48’, Arif Shaqirin Suhaimi 55′.
  • Bertemu FC Izhorets-Inkon, menang 3-1, Muhammad Hadi Fayyadh 20’, 55’ & 74’.

Dari semua 6 perlawanan ini, Hadi Fayyadh muncul sebagai penjaring terbanyak skuad Malaysia dengan keseluruhan 4 gol dijaringkan.

Lelaki Ini Menerima Maklum Balas Kelab Jepun Terhadap Hadi Fayyadh

Yakult Malaysia yang juga salah satu penaja Persatuan Bola Sepak Malaysia banyak memainkan peranan untuk menyertai kejohanan Sanix Cup 2018.

A07I0200

Menurut maklumat yang kami perolehi, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada memberitahu bahawa ada beberapa kelab Jepun yang memberikan maklum balas yang baik terhadap prestasi Hadi Fayyadh sepanjang kejohanan berlangsung.

Sehingga kini, 4 buah kelab dikatakan telah menyatakan minat secara lisan kepada beliau – Sagan Tosu, Vissel Kobe, Avispa Fukuoka dan FC Tokyo.

Sagan Tosu & Avispa Fukuoka Mungkin Destinasi Hadi Fayyadh

Dari pemerhatian kami, 2 kelab yang berpangkalan di Kyushu iaitu Sagan Tosu dan Avispa Fukuoka berkemungkinan besar menjadi destinasi penyerang pasukan JDT II itu.

Berdasarkan hubungan baik yang dimiliki oleh Hamada sendiri bersama beberapa pihak atasan kelab terutama Sagan Tosu yang menjadi ‘mentor peribadi’ beliau dalam dunia bola sepak, potensi untuk Hadi Fayyadh ke kelab ini lebih cerah.

Walau bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan Hadi Fayyadh akan menerima tawaran dari 2 lagi kelab terutama FC Tokyo yang mempunyai sistem pembangunan bakat muda terbaik di Jepun.

Sanggup Terima Gaji Rendah Demi Aksi Lebih Berkualiti

Menurut laporan dari Stadium Astro, Hadi Fayyadh bersedia untuk menerima gaji lebih rendah demi meraih pengalaman serti aksi berkualiti dari salah satu liga terbaik di Asia.

“Saya sanggup untuk menerima gaji yang rendah di Jepun kerana saingan di Jepun adalah tinggi berbanding di Malaysia,” katanya.

Untuk makluman peminat bola sepak Malaysia juga, dari 4 pasukan yang menyatakan minat terhadap Hadi itu, FC Tokyo mempunyai 1 lagi pasukan yang beraksi dalam saingan J3 League – FC Tokyo U23.

Selain FC Tokyo, 2 lagi kelab J1 League yang mempunyai skuad U23 yang beraksi dalam saingan J3 League adalah Cerezo Osaka dan Gamba Osaka dimana ada 2 orang pemain muda Thailand sedang beraksi – Chaowat Veerachat (Cerezo Osaka U23) dan Jakkit Wachpirom ( FC Tokyo U23).

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group