Bekas kelab Fernando Torres, Sagan Tosu hari ini secara rasmi mengumumkan penyata kewangan mereka untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2019 melalui laman web rasmi kelab.

Berdasarkan penyata kewangan itu, kelab Sagan Tosu kini jelas berada dalam keadaan yang cukup kritikal dan dijangka akan ‘bungkus’ selepas mencatatkan kerugian yang amat dahsyat RM81.6 juta untuk tahun 2019 sahaja.

Gambar dibawah ini adalah penyata yang dikeluarkan secara rasmi oleh Sagan Tosu yang telah kami pecahkan kepada 3 bahagian iaitu revenue, expenses dan profit/loss dan penerangan mengenai butiran untuk setiap perkara.

1) Revenue Sagan Tosu ‘Terjun Tiruk’ Lebih 50%

Penyata dibawah ini mempunyai rekod untuk 3 tahun terkini 2017,2018 dan 2019 sebagai perbandingan.

Perkara mengikut turutan adalah;

  • 広告収入: Advertisement Revenue
  • 入場料収入: Ticket Sales
  • Jリーグ分配金: J.League Distribution Money
  • アカデミー関連収入: Academy-related Revenue
  • 物販売上: Merchandise Sales
  • その他収入: Others Revenue
  • 指定管理受託収入: Fixed Contract Revenue
  • 売上高合計: Total Sales
  • 売上原価: Cost of Sales
  • 売上総損益金額: Gross Sales

REvenue

Dapat dilihat dengan jelas bahawa pada 2019, Sagan Tosu mengalami penurunan hampir 1/3 dari advertisement revenue sahaja dengan perbezaan sebanyak JPY1,485,486,000 atau RM60.2 juta berbanding musim 2018.

Ini menyumbang kepada 73.7% kerugian keseluruhan yang dialami oleh kelab Sagan Tosu!

Perolehan dari kutipan jualan tiket, barangan rasmi kelab, distribution money meningkat berbanding tahun sebelumnya, manakala perolehan dari lain-lain pendapatan berkurang lebih 50%.

Jumlah perolehan keseluruhan Sagan Tosu pada 2019 adalah JPY2,561,604,000 atau RM103,855,729, manakala kos jualan pula adalah JPY790,782,000 atau RM32,060,865, menjadikan jumlah perolehan kasar kelab adalah JPY1,770,822,000 atau RM71,794,864.

2) Expenses Sagan Tosu Pada 2019 Hampir Sama Dengan 2018

Penerangan mengikut turutan adalah;

  • チーム人件費: Perbelanjaan pemain pasukan utama
  • アカデミー人件費: Perbelanjaan pemain pasukan akademi
  • 本部人件費: Perbelanjaan staf ibu pejabat
  • 試合関連費: Perbelanjaan match-related
  • アカデミー運営費: Perbelanjaan operasi akademi
  • Jリーグ関連費: Perbelanjaan J.League-related
  • 一般管理費: Perbelanjaan pengurusan

EWfyn8RUcAAeU5Y

Perbelanjaan pasukan Sagan Tosu untuk musim 2019 adalah hampir sama dengan musim 2018 secara kasar dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan JPY3,669,418,000 atau RM148,770,096.

Kerugian musim 2019 secara kasar adalah JPY1,898,596,000 atau RM76,983,672!

Selepas dikira dengan non-operating income/expenses, Sagan Tosu merekodkan kerugian sebelum cukai berjumlah JPY2,013,810,000 atau RM81,655,333.

img2020042610254224058500 (1)

Dengan cukai yang dikenakan adalah JPY1,056,000, menjadikan Sagan Tosu mencatatkan kerugian bersih selepas cukai JPY2,014,869,000 atau RM81,698,273.

img2020042610254224058500 (2)

Asal Usul Kelab Yang Sebenar.

Nama asal bagi Sagan Tosu adalah PJM Futures yang ditubuhkan pada 1987 di Hamamatsu, Shizuoka oleh syarikat PJM Japan (PJM: Paul J Meyer).

Selepas menukar base mereka ke Tosu di prefektur Saga, nama kelab ditukarkan kepada Tosu Futures pada 1994. Kelab ini ‘bungkus’ pada Januari 1997 selepas PJM Japan sebagai penaja utama menarik diri dengan hutang lebih RM40 juta.

Strategi membawa Hugo Maradona iaitu abang Diego Maradona beraksi juga gagal memacu prestasi dan pendapatan kelab pada 1992-1994.

Pada Febuari 1997, hasil lebih 50,000 petisyen ditandatangan untuk mengekalkan sebuah kelab bola sepak di Tosu, persatuan bola sepak tempatan bersama beberapa pemegang taruh menubuhkan Sagan Tosu pada bulan berikutnya dan mereka merupakan ‘original 10’ saingan J2 League yang ditubuhkan pada 1999.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

Thai League 3 & 4 Dimansuhkan Mulai Musim 2021, Guna Liga 6 Zon Untuk Naik Ke Thai League 2

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group