Sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Jepun menyuarakan minat mereka untuk menandatangani khidmat penyerang import Chonburi FC, Lukian bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan untuk mengharungi baki saingan musim 2019.

Lukian, atau nama penuhnya Lucian Almada mempunyai rekod jaringan yang baik sejak beraksi dalam saingan Liga Thailand bermula musim 2018. Musim lalu, penyerang berusia 27 tahun ini beraksi bersama Pattaya United dimana beliau menjaringkan 32 gol dalam semua pertandingan dan membantu Pattaya menamatkan saingan Thai League 1 di tangga ke-8.

Setelah menampilkan aksi yang cemerlang bersama Pattaya, Lukian memutuskan untuk menyertai Chonburi FC bagi mengharungi saingan Liga Thailand musim 2019. Pemain dari Brazil ini berjaya mengekalkan rentak cemerlang dimana beliau berjaya menjaringkn 11 gol dalam saingan Liga setakat ini, dua gol ketinggalan di belakang penyerang import Trat FC, Lonsana Doumbouya yang menjaringkan 13 gol.

Lukian Chonburi
Sumber Gambar: Soccer Thailand

Menerusi satu gambar yang dimuat naik di laman media sosial Instagram kelab tersebut, Lukian melawat rakan sepasukan ketika sesi latihan semalam bagi mengucapkan selamat tinggal sebelum beliau berangkat ke Jepun. Chonburi turut mengucapkan selamat maju jaya kepada penyerang tersebut.

Selain beraksi di Thailand, Lukian turut mempunyai pengalaman beraksi di liga Korea Selatan dimana beliau pernah beraksi bersama Bucheon FC pada tahun 2015 hingga 2016. Setelah dua musim beraksi bersama Bucheon, beliau menyertai Busan IPark pada 2017 dan seterusnya berhijrah ke Thailand pada tahun berikutnya.