Kelab J. League dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam yang beraksi bersama Muangthong United, Dang Van Lam.

Perkara ini didedahkan oleh sebuah laman di media sosial Twitter yang sentiasa membawa berita mengenai perkembangan pemain Vietnam, Viet Footy.

Menurut Viet Footy, Ho Chi Minh City FC yang pada mulanya mahu membawa pulang Van Lam membatalkan niat mereka setelah Muangthong memberitahu ada kelab Jepun yang mahu mendapatkan khidmat penjaga gol itu.

Posisi Van Lam dalam kesebelasan utama Muangthong sememangnya menjadi tanda tanya setelah pemain itu menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada awal musim ini sehingga kehilangan tempat kepada penjaga gol simpanan, Somporn Yos.

Dang Van Lam

Sumber Gambar: Saigoneer

Masih belum diketahui kelab Jepun mana yang mahu mendapatkan khidmat pemenang saingan Piala AFF Suzuki edisi 2018 itu.

Sebelumnya, Consadole Sapporo dikhabarkan mahu membawa masuk Dang Van Lam. Namun kelab itu memutuskan untuk menandatangani Kawin Thamsatchanan secara pinjaman dari kelab Belgium, OH Leuven.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League 1 di sini:

Media Thailand Dedahkan Diogo Dan Teerasil Hampir Pasti Bergandingan Mulai Pusingan Ke-2 Thai League

Dang Van Lam Bakal Ditendang Jika Muangthong United Dapatkan Kawin Thamsatchanan

Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group