Pemain skuad kebangsaan Thailand terus menarik perhatian kelab dari saingan J. League dimana baru-baru ini ada kelab Jepun yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad Gajah Perang, Nitipong Selanon.

Nitipong merupakan pemain pertahanan kanan yang beraksi bersama Port FC sejak musim 2015 lalu. Pemain berusia 27 tahun itu turut menjadi pilihan utama setelah Akira Nishino mengendalikan pasukan negara.

Nitipong Selanon

Nitipong Selanon. Sumber Gambar: Twitter

Menurut laporan media tempatan iaituSMM Sports, sebuah kelab dari saingan J1 dan J2 berminat untuk menandatangani Nitipong setelah pemain itu menampilkan prestasi cemerlang bersama kelab dan pasukan negara.

Namun, menurut SMM, Port dikhabarkan enggan melepaskan Nitipong kerana pasukan itu mempunyai sasaran tinggi dalam saingan Thai League 1 musim ini.

Kelab yang turut diperkuatkan oleh dua penyerang prolifik iaitu Adisak Kraisorn dan Heberty Fernandes itu menyasarkan untuk muncul sebagai juara T1 sekaligus melayakkan diri ke saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.

Nitipong Selanon

Heberty. Sumber Gambar: Football Tribe

Nitipong Selanon dianggap nadi utama pasukan dan Port tidak mahu kehilangan pemain terbaik mereka pada masa terdekat.

Thailand mempunyai empat wakil dalam saingan J. League musim ini dimana Chanathip Songkrasin dan Kawin Thamsatchanan beraksi bersama Consadole Sapporo manakala Theerathon Bunmathan dan Teerasil Dangda masing-masing beraksi bersama Yokohama F Marinos dan Shimizu S-Pulse.

Baca artikel lain mengenai pemain skuad kebangsaan Thailand di sini:

Supachok Sarachat Dalam Pemerhatian Tiga Kelab Portugal

Chiangrai United Tolak Bidaan Sebanyak RM7.4 Juta Dari Muangthong United Untuk Dapatkan Ekanit Panya

Chanathip Songkrasin Bantu J. League Jadi Liga Terkemuka Di Asia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group