Kelab Liga India, Mohun Bagan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Thitipan Puangchan yang ketika ini beraksi bersama BG Pathum United.

Mohun Bagan merupakan salah satu kelab bola sepak tertua di India dan mereka dikenali kerana mempunyai fan base yang besar.

Baru-baru ini, kelab tersebut digabungkan dengan ATK FC, sekaligus akan menggunakan nama baharu untuk menghadapi saingan I-League.

Mohun Bagan
Thitipan Puangchan bersama BG Pathum United. Sumber Gambar: Football Tribe

ATK Mohun Bagan mahu menjadi salah satu kuasa besar dalam saingan Liga India dan sebagai langkah awal, mereka mahu mendapatkan pemain bintang, dan Thitipan menjadi salah satu calon.

Musim lalu, Thitipan beraksi bersama kelab J. League, Oita Trinita secara pinjaman dan sejak itu beliau dikenali di sekitar rantau Asia.

Mohun Bagan
Thitipan Puangchan bersama Oita Trinita

Setelah beraksi bersama Oita selama satu musim, Thitipan kembali ke saingan Thai League dan menjadi ketua pasukan BG Pathum United.

Baru-baru ini, BG Pathum mendapatkan seorang lagi pemain tengah berpengalaman Thailand dengan menandatangani Sarach Yooyen daripada bekas juara Thai League 1, Muangthong United.

Baca artikel lain mengenai Thitipan Puangchan di sini:

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan

Thitipan Puangchan Tidak Boleh Lupakan Kekalahan Kepada Malaysia Di Saingan Piala AFF 2018

Ketua Pasukan BG Pathum, Thitipan Puangchan Berehat Selama Dua Bulan