Bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler kini bukan lagi Pengurus kelab Liga Super India (ISL), East Bengal apabila menamatkan kontrak atas persetujuan bersama dengan pihak pengurusan.

Menurut kenyataan rasmi, tempat beliau akan digantikan oleh bekas Jurulatih Real Madrid Castilla, Manuel Diaz untuk mengharungi musim baharu ISL.

Fowler telah menandatangani kontrak selama dua musim pada bulan Oktober 2020 namun beliau gagal membawa pasukannya menghuni kedudukan 3 teratas liga dan hanya mencatat 3 kemenangan daripada 20 perlawanan.

“SC East Bengal mengesahkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Robbie Fowler untuk menamatkan kontraknya sebagai ketua jurulatih.

“Di samping pembantunya, Tony Grant, dia memimpin pasukan dalam mengharungi saingan yang cukup mencabar dan membawa sedikit kegembiraan kepada peminat pada musim pertama dalam  Liga Super India,”kata kenyataan rasmi.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi Fowler kerana sebelum ini beliau pernah mengendalikan kelab Thailand, Muangthong United dan sangat memahami budaya bola sepak India.

Bagaimanapun, Fowler juga bukan nama besar yang pertama memasuki ISL kerana sebelum ini lagenda Brazil, Roberto Carlos pernah mengendalikan kelab Delhi Dynamos pada tahun 2015.

ISL juga turut menarik beberapa nama besar yang lain seperti bekas pemain Italy, Gianluca Zambrotta dan Marco Materazzi. Fabio Cannavaro juga dikhabarkan turut menyertai kelab ISL pada musim lepas namun beliau memilih untuk ke China.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Ali Mabkhout Pecahkan Rekod Lionel Messi Dalam Senarai Penjaring Gol Terbanyak Antarabangsa

Kelayakan Piala Dunia 2022: Vietnam Tewas Kali Kedua, Tunduk Kepada Australia

Madam Pang Dilantik Sebagai Pengurus Skuad Kebangsaan Thailand

Song Ui-young Pemain Naturalisasi Baharu Singapura