Kelab Liga Super India, East Bengal mengumumkan bekas penyerang England dan Liverpool, Robbie Fowler sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan liga ISL yang akan kembali bersambung bulan depan.

Perlantikan pengendali yang berusia 45 tahun itu disahkan pada hari jumaat lepas dan beliau akan dibantu oleh bekas pemain tengah Manchester City, Anthony Grant dan bekas pemain skuad kebangsaan India, Renedy Singh.

Manakala bekas pemain Blackpool, Terence McPhillips akan menjadi jurulatih sepakan bola mati (set piece). Malah, Fowler turut membawa bekas penjaga gol Tottenham Hotspur, Robert Mimms sebagai jurulatih penjaga gol.

Selain itu, mereka turut melantik pakar sains sukan berpengalaman yang pernah berkhidmat dengan beberapa kelab England seperti Macclesfield Town dan Bury iaitu Jack Inman.

Misi Robbie Fowler adalah untuk membawa kelab tersebut muncul sebagai juara liga sekaligus menempah tiket ke saingan AFC Champions League 2022.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi Fowler kerana sebelum ini beliau pernah mengendalikan kelab Thailand, Muangthong United dan sangat memahami budaya bola sepak India.

https://twitter.com/QEBNA/status/1314788697993367552

Bagaimanapun, Fowler juga bukan nama besar yang pertama memasuki saingan Liga Super India (ISL) kerana sebelum ini lagenda Brazil, Roberto Carlos pernah mengendalikan kelab Delhi Dynamos pada tahun 2015.

ISL juga turut menarik beberapa nama besar yang lain seperti bekas pemain Italy, Gianluca Zambrotta dan Marco Materazzi. Fabio Cannavaro juga dikhabarkan turut menyertai kelab ISL pada musim lepas namun beliau memilih untuk ke China.

ISL musim ini akan bermula pada bulan November depan hingga Mac 2021 dan berlangsung di 3 lokasi perlawanan di Goa secara tertutup disebabkan oleh penularan wabak pandemik COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Portal Sukan Thailand Ini Dedahkan 39% Penonton ‘Live Streaming’ BG Pathum United Bertemu Buriram United Adalah Dari Malaysia

Hariss Harun Sertai Coventry City FC?

Nguyen Quang Hai Sasaran Utama Bawa Imej J.League Di Vietnam, Banyak Pasukan Minat Tapi Ada Halangan