Kelab Liga Bola Sepak Filipina (PFL), Global FC dikenakan hukuman penggantungan selama 90 hari ekoran gagal membayar gaji pemain dan juga staff pasukan.

PFL selaku pengelola liga mengambil keputusan tersebut setelah Global gagal untuk membayar gaji pekerjanya sekaligus menyebabkan kelab itu berdepan dengan isu kewangan yang serius.

Setelah menjatuhkan hukuman, PFL kemudiannya mengarahkan Global untuk segera menyelesaikan masalah gaji mereka dan memberi masa selama 90 hari. Jika gagal berbuat demikian, lesen kelab itu berkemungkinan besar ditarik dan Global FC tidak dibenarkan beraksi dalam saingan liga tempatan.

Sebuah kelab yang baru ditubuhkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan Filipina, Anton del Rosario iaitu Maharlika FC baru-baru ini diberikan lesen oleh Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) dan kelab itu dikhabarkan bakal menggantikan Global sekiranya mereka gagal melunaska tunggakan gaji.

Liga Filipina sejak kebelakangan ini berdepan dengan masalah jumlah pasukan bertanding dimana beberapa kelab sudahpun gulung tikar ekoran tidak mampu untuk menampung perbelanjaan ekoran sambutan yang kurang meriah dari rakyat negara tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Thitiphan Puangjan Mahu Bawa BG Pathum United Ke Saingan ACL Musim Hadapan

Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?

Penjaga Gol Muda Negara Bakal Berangkat Ke Eropah?