Kelab di Remier League kini berhadapan dengan kerugian kolektif yang mengejutkan iaitu lebih dari £1 billion ataupun sekitar RM5.39 billion – pendapatan mereka untuk musim 2019/20 akibat wabak koronavirus, menurut firma kewangan Deloitte dalam ramalan mereka.

Pada musim 2018/19, 20 pasukan liga teratas di England menjana lebih dari £5billion untuk pertama kalinya, tetapi penangguhan kempen musim ini kerana krisis kesihatan global dijangka akan memberikan impak kuat kepada pasukan.

Bola sepak di Liga Perdana Inggeris telah berhenti sejak Mac lalu dan dijadualkan kembali semula berakasi di dalam stadium tertutup  / kosong minggu depan.

Deloitte telah meramalkan pasukan menghadapi kerugian akumulatif, kekal sebanyak £500 juta akibat rebat yang dikeluarkan oleh penyiar dan kehilangan pendapatan pada matchday.

Dan Jones, ketua kumpulan perniagaan sukan Deloitte, berkata: “Kami menjangkakan wabak COVID-19 yang berterusan akan menyebabkan pengurangan pendapatan dan kerugian operasi di seluruh bola sepak Eropah dalam hasil kewangan musim ini.”

epl flag

“Kelab harus menghadapi banyak kesan kewangan, termasuk rebat atau penangguhan pendapatan komersial dan siaran, serta kehilangan pendapatan matchday dan pendapatan lain yang berkaitan dengan acara.”

Deloitte meramalkan kelab akan memperoleh kira-kira separuh daripada yang biasa mereka perolehi dalam hasil pertandingan pada 2020/21, tetapi jumlah anggaran £350 juta akan hilang sepenuhnya dari akaun mereka sekiranya penyokong tidak dapat kembali ke stadium.

Jones menegaskan buat masa ini semua ramalan itu adalah spekulasi. Namun ia realisitik berdasarkan situasi semasa.

Beliau juga gembira bola sepak dikembalikan semula dengan berdasarkan beberapa garis panduan keselamatan yang penting. Ini dapat membantu mengurangkan kesan kewangan kelab.

“Bola sepak kembali – dengan cara yang selamat dan masuk akal – jelas sekali ia penting untuk mengehadkan kesan kewangan yang ditanggung oleh wabak tersebut.”

“Untuk musim 18/19 untuk setahun penuh, kami mendapati mereka memperoleh £680 juta hasil pertandingan Liga Perdana Inggeris. Untuk 20/21, kelab EPL telah menanggung £350 juta.

“Oleh itu, jika anda membiarkan sedikit inflasi, anda akan memikirkan £700 juta atau jumlahnya adalah jumlah yang tepat, jadi kami telah meletakkan nilai £350 juta sebagai anggaran yang sebaiknya.”

Laporan itu mengatakan bahawa lima liga utama di Eropah iaitu England, Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis menjana pendapatan £15 billion.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

United Mendahului Persaingan Dapatkan Havertz, Namun Usaha Chelsea Lebih Konkrit

City Bermain Di UCL Atau Tak? CAS Akan Keluarkan Keputusan Bulan Depan

EPL Janji Pertimbangkan Tuntutan Tunang Kashoggi Untuk Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle