Kelab diwakili Dominic Tan, Police Tero FC menafikan dakwaan yang menyatakan mereka tidak membayar gaji pemain ketika saingan Thai League 1 dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Pengurus Police, Rangsan Viwatchaichok menegaskan gaji pemain lambat dibayar kerana pihak kelab menghadapi isu dimana penaja lambat menyalurkan wang penajaan sekaligus menyebabkan pasukan itu terpaksa mencari sumber kewangan lain bagi membayar gaji pemain.

Police Tero
Sumber Gambar: Police Tero

“Masalah yang kami hadapai ialah penaja lambat menyalurkan wang penajaan kerana tiada aksi kompetitif yang berlangsung. Kami perlu mencari dana dari sumber kewangan yang lain bagi membayar gaji pemain.

“Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain dan barisan kejurulatihan kerana bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus. Kami juga telah menjelaskan mengapa langkah ini diambil. Mereka faham kerana bukan kami saja yang berdepan situasi ini, malah seluruh dunia,” kata Rangsan menurut laporan Siam Sport.

Police Tero
Sumber Gambar: BG Pathum United

Selain Police Tero, satu lagi kelab yang diwakili pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha iaitu BG Pathum United turut mengambil langkah untuk memotong gaji pemain sebanyak 50 peratus.

Namun BG memberi jaminan akan ada bonus yang diberikan kepada pemain sebagai pengganti sekiranya pasukan menamatkan saingan Thai League 1 musim ini di kedudukan tiga terbaik.

Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia yang beraksi di Thailand di sini:

Mat Yo Akui Ramai Pemain Malaysia Sudah Mula Berminat Beraksi Di Liga Thailand

Dominic Tan Dan Norshahrul Setuju Gaji Dipotong Oleh Pihak Kelab

Nasihat Zafuan Azeman Kepada Pemain Malaysia Yang Mahu Beraksi Di Thai League