Penyerang skuad B-18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin bakal meniti karier di Eropah apabila kelab divisyen utama Liga Belgium, K.V. Kortrijk sah menandatangani pemain itu dengan kontrak selama lima tahun.

Luqman yang menampilkan persembahan cemerlang dalam saingan AFC B-16 di Kuala Lumpur tahun lalu dan juga saingan Piala AFF B-18 di Vietnam baru-baru ini sememangnya menarik minat kelab dari luar negara terutamanya daripada saingan J League untuk mengambil khidmat beliau.

Kelab
Sumber Gambar: Tajikistan News

Setelah membantu pasukan negara muncul sebagai naib juara Piala AFF B-18, Luqman berserta tiga lagi pemain iaitu Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Khaironisam dan Ali Imran Sukari telah berangkat ke Jepun bagi menjalani latihan serta sesi percubaan bersama bersama kelab J1 League, Cerezo Osaka bermula dari 3 September hingga 13 September 2019.

Bahkan, staf kejurulatihan Cerezo dikhabarkan meminta Luqman serta tiga pemain lain untuk berlatih dengan skuad bawah 18 tahun yang juga merupakan pasukan remaja elit Cerezo Osaka.

Kelab
4 Pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang dipilih berlatih bersama Cerezo Osaka. FOTO: NFDP

Meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Cerezo, namun K.V Kotrijk berjaya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan khidmat Luqman Hakim untuk lima tahun yang akan datang. Akan tetapi, Luqman akan dihantar ke Cardiff City terlebih dahulu bagi menjalani latihan dan apabila Luqman mencecah usia 18 tahun pada Mac ini, barulah beliau akan menandatangani kontrak profesional bersama kelab yang berpangkalan di bandar Kotrijk.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Janji Aksi Terbaik Sepanjang Latihan Percubaan Bersama Cerezo Osaka

Luqman Hakim Berlatih Bersama Skuad Akademi Bawah 18 Tahun Cerezo Osaka?

Luqman Hakim Mahu Bawa Malaysia Ke Kejohanan B-19 AFC 2020