Sebuah kelab divisyen 4 dalam hierarki bola sepak Jepun dikenakan hukuman denda sebanyak JPY1 juta atau sekitar RM37,000 kerana telah mengisytiharkan data palsu kehadiran penonton ke stadium.

Nara Club yang beraksi dalam saingan Japan Football League (JFL), telah dimaklumkan dengan perkara itu beserta dengan pelbagai bukti dan dokumen, didapati telah melakukan kesalahan itu sejak kali pertama dinaikkan ke liga divisyen 4 kira-kira 5 tahun lalu.

Kesalah mengisytiharkan data kehadiran yang salah ini akan memberikan kesan yang berat kepada kelab itu sendiri dimasa depan sekiranya mereka mahu beraksi dalam saingan liga profesional.

70802318_2334817983234446_4940609431592239104_n

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JFL semalam, diantara impak yang akan mempengaruhi sekiranya gejala tidak bermoral seperti itu terus dilakukan akan menyebabkan tidak ada ketelusan seterusnya menghilangkan keyakinan para penaja, penyokong selain kepercayaan kepada JFL itu sendiri yang tercalar.

Selain itu, sedikit sebanyak ia akan memberikan pengaruh buruk serta merosakkan moral masyarakat dan pihak JFL tidak memandang ringan perkara seperti ini.

20190712_image_of-650×433

Untuk makluman juga, data kehadiran penonton ke stadium ini juga adalah kritikal kerana merupakan salah satu syarat sekiranya sesebuah pasukan itu mahu beraksi dalam saingan J.League, dan kesalahan ini pastinya bakal memberikan kesan buruk kepada permohonan kelab itu nanti.

JFL juga telah bertindak untuk mengenakan penggantungan sebanyak 10 perlawanan kepada Nara Club, Nakagawa Masashichi kerana semua perkara ini adalah dibawah tanggungjawab beliau untuk menguruskannya mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Sumber