Berita mengenai kelab hebat dari Filipina, Ceres Negros kini semakin hangat diperkatakan apabila dikatakan pemilik kelab tersebut telah diisytiharkan muflis dan kedudukan kelab kini dalam keadaan tanpa hala tuju.

Perkara ini walaupun dinafikan oleh beberapa pihak disana, tetapi pendedahan yang dibuat oleh sebuah website TheWorldGame SBS selepas menemubual pemain Ceres Negros memberikan bayangan jelas keadaan kelab itu ketika ini.

Josh Grommen, pemain pertahanan dari Australia kini sudah pun meninggalkan Ceres Negros selepas kelab itu gagal membayar 2 bulan gaji kepada pemain-pemainnya.

https://twitter.com/filipinofootbal/status/1276509779461054464?s=20

“Ceres Negros telah bungkus selepas pemiliknya muflis dan mereka masih belum membayar gaji kami untuk 2 bulan,” kata Josh Grommen.

Pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia 2019 bersama PJ City FC itu turut memberitahu bahawa beliau baru sahaja selesai menjalani kuarantin di Sydney selepas kembali dari Filipina.

grommen-petaling-jaya-city-fc

Selepas cuba mendapatkan beberapa maklumat lanjut mengenai perkara ini dari beberapa kenalan di Filipina, mereka memberitahu bahawa sehingga kini masih tidak sebarang kenyataan atau pengesahan dari kelab Ceres Negros sendiri dan berita pasukan itu akan dibubarkan tidak lebih sekadar khabar angin.

Tetapi, dengan pendedahan yang dibuat sendiri oleh pemain Ceres Negros, berkemungkinan besar kelab tersebut perlu segera mengeluarkan kenyataan mengenai perancangan mereka.

Turut diberitahu adalah, pemilik kelab itu mungkin akan menjual kelab itu kepada pihak lain yang berminat.

https://twitter.com/FilFootballSc/status/1277193393802825729?s=20

Jika benar kelab itu akan dibubarkan, ia mungkin peluang untuk banyak pasukan lain dari Asia Tenggara kerana pemain-pemain mereka bukan calang-calang terutama dengan prestasi yang baik diperingkat AFC Cup khususnya.

Thailand mungkin bakal menjadi destinasi pilihan mereka dan kini ada sekurang-kurangnya 12 pemain Filipina dalam saingan Thai League 1.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

“Walau Macam Mana Pun Keadaan Disana Saya Kena Hadaplah, Ini Impian Saya, Ini Yang Saya Nak”- Luqman Hakim

Park Hang-seo Kongsi Kisah Bagaimana Guus Hiddink Terapkan ‘Kekuatan’ Untuk Skuad Piala Dunia 2002 Korea Selatan