Prestasi cemerlang Terem Moffi di barisan serangan KV Kortrijk dalam saingan Jupiler Pro League musim ini nyata menarik minat beberapa kelab ternama untuk mendapatkan khidmat beliau.

Moffi menyertai Kortrijk dari kelab Lithuania, FK Riteriai pada Januari lalu dan setakat ini telah menjaringkan satu gol dalam saingan JPL, lebih tepatnya ketika Kortrijk meraih kemenangan pertama ketika menentang K.A.A Gent.

Steven Gerrard
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Kelab seperti Galatasaray dan pasukan yang dibimbing oleh lagenda Liverpool, Steven Gerrard iaitu Rangers turut menyuarakan minat bagi mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Menurut laporan media di Belgium, KV Kortrijk bersedia untuk melepaskan Moffi dan telah menetapkan tanda harga sebesar €5 Juta atau RM24.7 Juta bagi mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan beliau.

Jika Moffi meneruskan rentak cemerlang beliau bersama Kortrijk, tidak mustahil ada kelab yang lebih besar mahu mendapatkan khidmatnya.

Baca artikel lain mengenai Terem Moffi dan KV Kortrijk di sini:

Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan

KV Kortrijk Raih Kemenangan Pertama Saingan Jupiler Pro League 2020/2021

Netizen Malaysia Ini ‘Naik Syeikh’ Pertikaikan KVK Tidak Beri Peluang Dan Mahu Buat Solidariti ‘Dimana Luqman Hakim?’