Sejak kelab gergasi La Liga, Real Madrid menandatangani pemain muda Jepun, Takefusa Kubo, kini lebih banyak kelab Eropah yang memburu khidmat pemain muda daripada skuad The Samurai Blue itu.

Terbaru, kelab dari Belanda dan Belgium berminat untuk menandatangani bekas pemain skuad B-17 Tahun Jepun, Keito Nakamura dimana pemain ini mampu beraksi dimana-mana bahagian serangan sama ada sayap ataupun penyerang utama.

Keito Nakamura
Sumber Gambar: Azjagola

Kelab terkini Keito, Gamba Osaka dikhabarkan telah mendapat tawaran daripada dua kelab Eredivisie, FC Groningen, FC Twente serta kelab Jupiler Pro League, SV Zulte Waregem. Namun, belum ada keputusan yang dikeluarkan oleh Gamba mengenai tawaran mana yang mereka terima.

Penyerang berusia 18 tahun ini pernah beraksi dalam temasya Piala Dunia B-17 Tahun pada 2017 bersama pemain muda meningkat naik yang lain seperti Takefusa Kubo dan Yukinari Sugawara.

Keito Nakamura beraksi bersama Gamba Osaka B-23 dimana beliau telah menjaringkan 7 gol setakat ini.