Bintang tengah Jerman, Mesut Ozil kemungkinan berhijrah ke asia apabila dilaporkan telah menarik minat kelab dari Qatar dan Arab Saudi untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Menurut laporan di turki, kelab Saudi Pro League (Al Nassr) sedang sediakan $20 juta setahun (RM83 juta) untuk bayaran gaji setahun walaupun pemain tengah Arsenal itu telah menyatakan beliau akan kekal di Liga Perdana Inggeris musim depan.

Malah, beliau juga masih mempunyai kontrak dengan Arsenal sehingga tahun depan.

Bekas pemain Real Madrid itu juga merupakan penerima gaji tertinggi dalam skuad Arsenal namun beliau jarang berada dalam kesebelasan utama sejak berada dibawah bimbingan Mikel Arteta pada musim 2019/2020.

Al Nassr ialah juara liga Arab Saudi sebanyak 9 kali dan mereka kini sedang pemain import untuk memperkuatkan pasukan selepas terlepas gelaran juara liga kepada Al Hilal untuk musim ini.

Antara pemain Liga Perdana Inggeris yang pernah beraksi bersama Al Nassr sebelum ini ialah bekas penjaga gol Liverpool, Brad Jones dan bekas pemain tengah Leicester City, Ahmed Musa.

Jika perpindahan Ozil ke Al Nassr menjadi kenyataan, ini merupakan kali pertama beliau beraksi di benua Asia dan berpeluang tampil dalam saingan AFC Champions League pada musim depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League

Ikhsan Fandi Jaringkan Gol Pertama Bersama Kelab Norway, Raufoss IL

Penyerang Iran, Mehdi Taremi Sah Sertai Kelab Portugal, FC Porto