Kelab Arab Saudi, Al-Nassr menjadi pasukan terbaru yang mahu mendapatkan khidmat pemain versatile Bayern Munich, Javi Martinez.

Bayern dikhabarkan bersedia untuk menerima sebarang tawaran dari mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Javi setelah lapan musim menjalin kerjasama bersama pemain itu.

Kelab lama Javi, Athletic Bilbao menjadi pasukan pertama yang menyatakan minat untuk menandatangani pemain berusia 32 tahun itu.

Athletic dikatakan sanggup membayar sebanyak €8 Juta atau RM 39.9 Juta untuk membawa pemain itu kembali ke San Mamés. Namun, Al-Nassr dilihat mahu menggagalkan usaha tersebut.

Skuad bimbingan Rui Vitória itu kini menghuni tangga kedua dalam carta Saudi Pro League, lapan mata ketinggalan di belakang pasukan pendahulu, Al-Hilal.

Nassr mahu mendapatkan khidmat Javi Martinez bagi mengukuhkan benteng pertahanan sekaligus cuba untuk memberikan saingan kepada Al-Hilal bagi merebut mahkota kejuaraan.

Javi merupakan salah satu pemain yang pernah memenangi kejuaraan besar seperti Piala Dunia dan UEFA Euro bersama skuad kebangsaan Sepanyol, Bundesliga dan juga Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Bayern Munich.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Pengurus Police Tero Yakin Mohamadou Sumareh Dapat Tingkatkan Kualiti Pasukan

Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA

Izwan Mahbud Teruskan Pengembaraan Di Thailand, Kali Ini Sertai Samut Prakan City FC