Sebuah kelab amatur yang beraksi dalam saingan liga divisyen 3 Korea Selatan, Daejeon Korail FC berjaya mengetepikan cabaran pasukan  K1 League, Sangju Sangmu FC dalam perlawanan separuh akhir Piala FA untuk mara ke perlawanan akhir.

Daejeon Korail FC berjaya muncul sebagai finalis Piala FA Korea 2019 dari 86 pasukan yang  bersaing sejak bulan Mac 2019 yang lalu dan telah melakar beberapa kejutan keatas pasukan yang beraksi dalam divisyen lebih atas yang juga merupakan pasukan bola sepak profesional di Korea Selatan seperti;

  • Menumpaskan Ulsan Hyundai (K1 League) dengan jaringan 2-0 pada pusingan 32 pasukan.
  • Menewaskan Seoul E Land (K2 League) dengan keputusan 2-0 pada pusingan 16 pasukan.
  • Mengalahkan Gangwon FC (K1 League) dengan jaringan 2-0 pada pusingan suku akhir.
  • Menumbangkan Sangju Sangmu (K1 League) 2-4 dalam penentuan sepakan penalti, selepas terikat agregat 3-3 dalam pusingan separuh akhir.

daejeon korail

Daejeon Korail FC akan bertemu sebuah lagi kelab gergasi bola sepak Korea Selatan dalam perlawanan akhir iaitu Suwon Samsung Bluewings yang dijadualkan akan berlangsung pada 6 dan 10 November 2019.

Juara Piala FA Korea Akan Terima Slot Automatik AFC Champions League

Berdasarkan bilangan slot AFC Champions League bagi pasukan dari Korea Selatan, juara Piala FA Korea 2019 akan menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan untuk saingan elit bola sepak Asia musim 2020.

Namun, kini menjadi persoalan samada Daejeon Korail FC dibenarkan beraksi atau tidak sekiranya muncul juara. Status mereka sebagai sebuah kelab amatur mungkin akan menjadi penghalang utama namun sehingga kini segalanya masih belum dapat dipastikan.

Tetapi, kemungkinan besar slot tersebut akan diberikan kepada pasukan yang layak berdasarkan kedudukan akhir dalam saingan K1 League 2019.

Pernah Bertemu Pasukan Dari Malaysia Dalam Perlawanan Pra Musim

Mungkin tidak ramai yang mengetahui berkenaan kelab ini tetapi Daejeon Korail pernah datang ke Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan pra musim bertemu Kuala Lumpur FA di Stadium Cheras pada awal musim 2018.

daejeon korail

Skuad Daejeon Korail di Stadium Cheras bertemu pasukan Kuala Lumpur FA.

Perlawanan itu tamat dengan keputusan seri 1-1.

daejeon korail

Kesebelasan utama Kuala Lumpur FA ketika perlawanan pra musim bertemu Daejeon Korail FC.

Selangor FA juga ketika itu merancang perlawanan bertemu Daejeon Korail FC namun terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat yang turun di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kemaskini: Perlawanan Selangor FA bertemu Daejeon Korail FC diteruskan pada keesokan harinya di padang MSN Bukit Jalil.

Selangor manager

FA Selangor's friendly match against Korea Republic side Daejeon Korail FC on Friday had to be cancelled due to heavy rain, so the Red Giants' manager Datuk Abdul Rauf Ahmad used the time to discuss the club's goings on with the fans.

Posted by Goal Malaysia on Friday, 26 January 2018

Disebabkan perlawanan dibatalkan, pengurus pasukan Selangor ketika itu Datuk Abdul Rauf Ahmad mengadakan perbincangan beberapa isu bersama penyokong.

Baca artikel lain berkaitan dengan saingan AFC Champions League yang mungkin anda terlepas pandang sebelum ini.

Malaysia Hilang Slot Automatik Kepada Filipina, Thailand Terima Slot 2+2 AFC Champions League 2021/22

Pemain Buangan Kelantan Sarung Jersi Naib Juara K-League 1 Gyeongnam FC, Bakal Turun Dalam AFC Champions League 2019

Risiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League 2020, Ketua Jurulatih Buriram United Berang Kalah Kepada Muangthong United

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group