Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Sathianathan menasihatkan pasukan lain agar melupakan hasrat untuk memburu kejuaraan Liga Super musim ini kerana Johor Darul Ta’zim hanya menunggu masa untuk ditabal sebagai juara enam kali berturut-turut.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut menasihati agar pasukan lain mula memikirkan perancangan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020. Skuad bimbingan Luciano Figueroa itu menghuni tangga teratas dalam carta liga setakat ini dengan kutipan 43 mata, berkelebihan 13 mata meninggalkan pasukan di tangga kedua, Pahang.

“Tapi bagi persaingan tempat ke­dua, ketiga dan keempat masih terbuka. Untuk sasaran peribadi, saya mahu Selangor ber­ada di kedudukan ketiga musim ini.

“Jika kita lihat tiga musim sebelum ini, Selangor gagal menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik, jadi dapat ber­ada di tangga ketiga adalah kedudukan terbaik,” katanya menurut laporanUtusan.

JDT hanya memerlukan dua lagi kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan kali keenam berturut-turut berbaki lima lagi perlawanan Liga. Sathia mengakui hanya dengan fasaliti terbaik dan sumber kewangan yang kukuh boleh membantu Selangor menjadi pencabar kepada JDT.

B.Sathianathan
Sumber Gambar: Fox Sport Asia

“Saya juga menyambut baik cadangan YB Amirudin Shari mahu memberi tumpukan kepada satu pasukan utama dan pasukan lain menjadi ‘feeder’ (kelab pembangunan).

“Dana disalur kepada satu pasukan sahaja bagi membentuk skuad terkuat. Untuk mencabar JDT, semua pasukan perlu membuat pelaburan besar kepada pasukan utama, fasiliti dan teknikal,” tambahnya.