Bianconeri mengesahkan kejuaraan Serie A kesembilan berturut turut mereka. Dan hanya dipisahkan dengan satu kejuaraan lagi daripada monopoli sedekad mereka dalam bola sepak Itali.

Juventus kekal menjadi raja bola sepak Itali yang masih tak mampu dicabar dalam 9 tahun terakhir ini.

Kemasukan pemain bintang dan kekuatan dari segi kewangan mereka membuatkan Juventus sukar digugat.

Juventus mengesahkan kejuaraan Serie A mereka musim ini dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Sampdoria semalam.

Ia adalah musim yang panjang untuk Serie A selepas negara Itali pernah menjadi negara paling teruk terjejas kerana covid-19.

Cristiano Ronaldo dan Federico Bernardeschi telah menjadi penjaring dalam perlawanan tersebut. Di mana Juventus sudah beberapa kali untuk menggapai kejuaraan musim ini.

Kali pertama Juventus memenangi Serie A untuk perjalanan kejuaraan 9 tahun berturut turut ini adalah pada 6 Mei 2012. Ini bermaksud mereka meraikan hari ke-3,000 sebagai juara Itali.

Antonio Conte menjadi pengurus yang membawa kejuaraan pertama mereka selepas era calciopoli. Dan kemudian giliran Massimiliano Allegri melanjutkan lagi penguasaan itu. Dan kini giliran Maurizio Sarri.

Gianluigi Buffon menjadi pemain yang paling banyak memenangi Serie A ketika ini.

Ini merupakan kejayaan Serie A dan liga pertama oleh Maurizio Sarri yang sebelum ini memenangi piala pertamanya bersama Chelsea dengan kejuaraan UEL.

Namun di Itali Sarri masih gagal memenangi piala sebelum ini. Bersama Juventus musim ini dua kali Sarri dinafikan daripada memenangi piala utama.

Dan kali ini Sarri tidak melepaskan peluang untuk memenangi Serie A.

Baca juga perkembangan lain

Man United Kembali Ke UCL, Chelsea Turut Mara

Conte: Itu Fake News, Messi Tak Akan Sertai Inter Walaupun Dalam Permainan Bola Sepak Fantasi

Kecederaan Mbappe Dan Pergaduhan Hiasi Kejuaraan PSG