Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) seolah-olah memberi bayangan beliau berminat untuk mengambil alih salah satu kelab terbaik dalam saingan La Liga Sepanyol, Valencia.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, TMJ berkongsi beberapa statistik mengenai Valencia seperti nilai semasa kelab itu selain kejayaan yang pernah diraih oleh kelab yang dimiliki sahabat baik beliau iaitu jutawan Singapura, Peter Lim.

Valencia
Sumber Gambar: IG Story TMJ
Valencia
Sumber Gambar: IG Story TMJ

Menurut TMJ, kejayaan dan mencipta sejarah merupakan perkara yang memberikan motivasi kepada beliau serta minat yang mendalam dalam arena bola sepak. Setelah menubuhkan JDT dan meraih pelbagai kejayaan seperti 16 piala dalam tempoh lapan musim, kini beliau bersedia untuk melebarkan sayap serta mencuba cabaran baharu.

Valencia
Sumber Gambar: IG Story TMJ

TMJ menegaskan Valencia memerlukan individu yang arif mengenai bola sepak, setiasa dahagakan kejayaan, mempunyai minat mendalam serta memahami budaya kelab yang mempunyai reputasi besar di arena bola sepak Eropah itu.

Peter Lim mendapat kritikan pedas daripada peminat sejak menjadi pemilik pada 2014 dimana mereka tidak gemar dengan cara Lim mengendalikan Los murciélagos. Antara keputusan yang mendapat kritikan dari peminat ialah pemecatan pengurus tanpa sebab yang kukuh dan membiarkan pemain bintang meninggalkan kelab.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nik Sharif Haseedy Alami Kecederaan, Berehat Selama Lapan Minggu

AFC Cup 2021: Kedah Dan Terengganu Akan Beraksi Di Singapura

Perak Daftarkan Guilherme De Paula Sebagai Pemain Tempatan