Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kehebatan BG Pathum United nyata sukar untuk dicabar oleh pasukan lain sekaligus dinobat sebagai juara Thai League 1 bagi musim 2020/2021.

Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha beraksi bersama pasukan tersebut pada saingan separuh masa pertama dan baru-baru ini beliau mengesahkan akan menerima pingat kejuaraan.

Kejayaan Matyo bersama BG Pathum nyata mencipta sejarah tersendiri bagi pemain berusia 34 tahun itu apabila beliau menjadi pemain kelahiran Malaysia ketiga yang memenangi kejuaraan liga divisyen pertama luar negara.

Sebelum ini, pemain kelahiran Miri yang beraksi bersama skuad kebangsaan Scotland, Shaun Maloney pernah memenangi trofi Scottish Premier League (SPL) pada musim 2001/2002, 2002/2003, 2003/2004, 2005/2006 dan 2006/2007.

Seorang lagi pemain kelahiran Malaysia yang pernah memenangi trofi liga divisyen pertama ialah Johan Dion Cools. Dion memenangi trofi bersama Club Brugge 2015/2016 dan 2017-2018 selain bersama kelab Denmark, FC Midtjylland pada 2020.

Baca artikel lain mengenai Norshahrul Idlan Talaha di sini:

Norshahrul Idlan Talaha Beri Pengesahan Akan Terima Medal Kejuaraan Thai League 2020/2021

Norshahrul Idlan Talaha Sasar Kejuaraan Liga Perdana Bersama Sarawak United

Norshahrul Idlan Talaha Akan Kembali Ke Liga Malaysia 2021 Bersama Pasukan Sarawak United

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group