Kejayaan Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin membawa masuk dua penaja besar iaitu Telekom Malaysia (TM) dan CIMB meletakkan kredibiliti beliau kian terserlah dalam menaikkan kembali prestij Liga Malaysia ke arah lebih tinggi.

Setiausaha Kehormat UKM FC, Mohd Fairus Shafie berkata, ramai pemegang taruh liga berasa lega apabila Hamidin berjaya melaksanakan janjinya untuk mendapatkan penajaan sebelum liga bermula.

Justeru, beliau yakin segala isu terutama pembayaran hak penyiaran kepada setiap pasukan dapat diselesaikan dalam kadar lebih awal bagi memudahkan persiapan pasukan sebelum Liga Malaysia 2020 bermula.

“Apabila kembalinya TM menaja Liga Malaysia ini, secara tidak langsung kredibiliti Hamidin di MFL terserlah kerana beliau dapat kotakan terhadap apa yang beliau kata sebelum ini.

975443de-763e-4ac7-8220-71cf8ac7cebb

“Jadi semua rakan kongsi kena sentiasa beri sokongan kepada beliau dan MFL untuk memberikan perubahan yang akan lebih banyak berlaku dalam MFL.

“Melalui kehadiran penaja-penaja ini, saya pasti kami semua tidak tertekan lagi kerana ada rasa bimbang selepas apa yang berlaku pada tahun lepas apabila tiada kehadiran penaja, “ katanya.

TM pada Jumaat lalu melalui subsidiarinya iaitu Telekom Multimedia (TMM) berjaya memeterai perjanjian selama tiga tahun dengan Malaysian Football League (MFL) sebagai penaja utama Liga Malaysia.

Melalui perjanjian berkenaan, TM juga akan menjadi penaja utama rasmi bagi kejohanan Piala Malaysia selain mendapat hak penyiaran eksklusif dan hak streaming mobile serta dalam talian bagi semua aksi membabitkan dalam saingan Liga Malaysia.

Selain TM, Kumpulan CIMB turut menjadi utama selepas memeterai perjanjian selama dua tahun termasuk menjadi penaja utama Liga Super dan Piala Sumbangsih selain Bank Rasmi kepada saingan Piala FA, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup.

Pandangan itu turut disokong Setiausaha Kehormat PDRM FA, ACP Zulkefly Yahya, yang sentiasa yakin terhadap kemampuan Hamidin dalam melakukan transformasi kepada liga Malaysia.

a1f0e56b-76d0-41ab-86af-b6e0f7be6e39

Ujarnya, beliau gembira dengan perkembangan yang sedang berlaku dan melihat semua rakan kongsi pasti boleh menarik nafas legas terhadap kejayaan yang dilakar Hamidin selepas beberapa bulan menerajui MFL.

“Saya serta rakan-rakan kongsi yang lain sentiasa percaya Hamidin sentiasa lakukan yang terbaik untuk kita semua dan mampu menarik lebih banyak penaja di masa depan.

“Menerusi kehadiran penaja-penaja ini yang dibawa masuk oleh beliau, kita harapkan Liga Malaysia akan berjalan dengan lebih lancar dan meriah berbanding sebelum-sebelum ini, ” katanya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

Mohammed Ghaddar Ceritakan Perbezaan Liga Lubnan Dengan Liga Malaysia

10 Pasukan Sah Bersaing Dalam ASEAN Club’s Championship 2020, Tiada Wakil Dari Malaysia Dalam Edisi Sulung

Sumber